Sabah FC melantik jurulatih kelahiran Sarawak, Lucas Kalang Laeng sebagai pengendali baharu pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pada hari ini dimana bekas pembantu kepada Alan Vest ketika era 90an itu bakal menggantikan jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih pasukan.

“Keputusan melantik Ketua Jurulatih berasal dari Sarawak tersebut dibuat memandangkan kelebihan yang dimiliki selain daripada Lesen Pro A, Jurulatih tersebut juga mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Sukan.

“Di kesempatan ini juga, Sabah FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kurniawan Dwi Yulianto di atas khidmat sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Sabah serta Jurulatih Kecergasan Sofie Imam Faizal bagi musim 2020.

“Kedua jurulatih tersebut tidak dilanjutkan kontrak bagi musim 2021 dan Sabah FC mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-duanya.

Meskipun namanya jarang didengari dalam arena bola sepak tanah air, namun Lucas mempunyai Lesen Diploma Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sekaligus membolehkannya membimbing pasukan dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Pada musim 2020, Sabah dibawah bimbingan Kurniawan gagal menampilkan prestasi cemerlang dimana mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, mengutip 9 mata hasil dari dua kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan

Shakir Hamzah Bakal Tandatangani Kontrak Dua Tahun Bersama Perak

Rufino Segovia Sedia Kembali Ke Selangor Sebagai Jurulatih