Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab bola sepak Sabah FC semalam secara rasmi mengumumkan bahawa mereka telah menaiktaraf  beberapa kemudahan di stadium untuk mempertingkatkan nilai komersil kelab.

Kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi kelab itu melaporkan bahawa perkara itu adalah sebagai pelaburan jangka masa panjang. dan mereka berharap akan dapat menarik lebih ramai pihak penaja bersama dengan kelab.

Pihak pengurusan kelab telah memasang papan iklan LED dibahagian tepi padang serta menggunakan ‘bucket seat’ sebagai tempat duduk baharu dalam misi mereka membawa bola sepak Sabah kearah lebih baik.

Sedikit pembaharuan di Stadium Likas sebelum perlawanan menentang pasukan JOHOR Southern Tigers pada hari Selasa…

Posted by Sabah Football Club on Sunday, April 4, 2021

Pasukan Sabah kini berada dikedudukan ke 8 saingan Liga Super Malaysia 2021 dengan kutipan 5 mata dari 6 perlawanan pertama musim ini.

Kehadiran beberapa pemain import yang mempunyai nama hebat terutama dari benua Afrika telah sedikit sebanyak membantu pasukan itu untuk meraih sokongan padu penyokong mereka yang sememangnya dahagakan kemanisan kejayaan.

Selamat maju jaya kepada pasukan Sabah musim ini!

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group