Pasukan Sabah kembali mendapatkan khidmat bekas pemain import, Hector Ramos bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony dimana selain menandatangani Ramos, juara Liga Perdana musim 2019 itu turut menandatangani pemain kacukan Thailand-Jerman, Dennis Buschening bagi mengisi slot pemain import Asean.

Sabah
DennisBuschening. Sumber Gambar: Flickr

Menurut Datuk Peter, pihaknya akan mengumumkan seorang lagi pemain import apabila pasukan pulang daripada kejohanan pra musim di Indonesia iaitu Piala Gabenor Jawa Timur.

“Kini kami mempunyai satu lagi kuota pemain import untuk diisi. SAFA akan membuat pengumuman mengenai pemain tersebut selepas pulang daripada kejohanan pra musim kerana kami tidak mahu dia dirampas oleh pasukan lain,” katanya menurut laporan Goal.com

Selain menandatangani Ramos dan Buschening, SAFA turut mendapatkan khidmat dua bekas pemain Pahang iaitu Zubir Azmi dan Wan Azraei.

Sabah
Wan Azraei

Dua pemain import yang telah beraksi dari saingan musim lalu iaitu Park Tae-soo dan Rodoljub Paunović turut dikekalkan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Sabah di sini:

Piala Gabenor Jatim 2020: Sabah Diundi Dalam Kumpulan B Bersama Persija Jakarta

Sabah Berminat Dapatkan Khidmat Irfan Bachdim

Sabah Semakin Hampir Dapatkan Pemain Kacukan Thailand-Jerman