Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menggesa pasukan Sabah dan PDRM segera menyelesaikan proses pelesenan kelab untuk mengelakkan daripada terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Sabah yang telah muncul sebagai juara Liga Premier bulan lalu telah mendapat tiket automatik untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2020 manakala PDRM layak menerusi kedudukan tempat ketiga selepas Pulau Pinang dipotong 6 mata kerana kesalahan melanggar arahan FIFA.

66753677_2416979605215825_4697266213917556736_n
FOTO: FA Sabah

Pelesenan kelab adalah antara prasyarat yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyertai Liga Super dan Liga Perdana. Namun, syarat yang ditetapkan bagi saingan Liga Super lebih ketat berbanding Liga Perdana walaupun diringankan sebanyak 80 peratus untuk proses permohonan.

“Tarikh tutup untuk menghantar dokumen buat semua pasukan adalah 31 Ogos, jadi semua pasukan ada masa lagi untuk memastikan semua kelengkapan yang diperlukan unyuk pelesenan kelab.

“Dengan itu, selepas 31 Ogos, kami akan meninjau semua permohonan daripada semua pasukan,” kata Stuart dalam Stadium Astro.

Jordan
Sumber Gambar: Stadium Astro

Kegagalan melengkapkan dokumen perlesenan boleh menyebabkan sesebuah pasukan itu tidak diberikan lesen untuk bertanding dalam pertandingan kelolaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Liga Malaysia.

Terdapat 6 kriteria perlu dipenuhi oleh kelab tersebut sebelum diberi lesen beraksi dalam saingan Liga Super iaitu:

  • Kriteria kesukanan
  • Kriteria infrastruktur
  • Kriteria pentadbiran
  • Kriteria undang-undang
  • Kriteria kewangan
  • Kriteria perniagaan

Keperluan setiap kriteria ini dinilai mengikut 3 gred iaitu:

Gred A – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred A, mereka tidak akan diberi lesen memasuki pertandingan AFC dan FAM.

Gred B – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred B, mereka masih boleh memasuki pertandingan AFC dan FAM jika mendapat kebenaran pemberi lesen.

Gred C – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred C, mereka masih boleh memasuki pertandingan AFC dan FAM. Boleh berubah menjadi gred A dan B pada bila-bila masa.

“Tidak banyak pasukan yang memiliki stadium sendiri. Mungkin ‘tapak’ atau ‘rumah’ PDRM perlu dicadangkan. Untuk tahun 2020, mana-mana pasukan mesti mencadangkan stadium 1 atau stadium 2, di mana keperluan stadium itu dinyatakan dalam dokumentasi,” tambah Stuart.

Sumber