Pendatang baharu saingan Liga Super, pasukan Sabah dikhabarkan berminat untuk menandatangani penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Irfan Bachdim bagi memperkasakan pasukan menjelang saingan musim 2020.

Irfan menjadi buruan beberapa kelab Liga 1 Indonesia dan juga kelab dari luar negara setelah beliau hampir pasti dilepaskan oleh kelab beliau ketika ini, Bali United.

Sabah
Pemain Bali United, Irfan Bachdim. (Foto: Baliutd.com).

Antara kelab yang mahu mendapatkan khidmat Irfan ialah Persib Bandung yang dibimbing oleh Robert Alberts, Borneo FC yang pernah dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Mario Gomez serta pasukan Sabah yang melantik lagenda skuad Garuda, Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih.

Selain mempunyai pengalaman luas beraksi di Liga Indonesia, pemain berusia 31 tahun itu juga pernah menyarung jersi beberapa di Liga Jepun dan juga Liga Thailand.

Andritany
Irfan Bachdim bersama pasukan kebangsaan Indonesia. Sumber Gambar: Indozone

Di Thailand, Irfan pernah beraksi bersama Chonburi FC serta kelab yang pernah diwakili penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi iaitu Nakhon Ratchasima FC.

Ketika di Liga Jepun, Irfan pernah beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo, kelab yang ketika ini diperkuatkan oleh pemain Thailand, Chanathip Songkrasin.

Kehadiran Irfan dilihat mampu untuk memperkuatkan barisan serangan pasukan Sabah bagi memastikan mereka mengekalkan status Liga Super untuk satu lagi musim.

Baca artikel lain Irfan Bachdim dan juga pasukan Sabah di sini:

Soal Rumor Irfan Bachdim, CEO PS Sleman: Doakan Saja

Sabah Raih Kemenangan Pertama Dalam Jelajah Pra Musim Di Filipina

Sabah Semakin Hampir Dapatkan Pemain Kacukan Thailand-Jerman