Juara Liga Perdana musim 2019, Sabah bakal melantik ketua jurulatih pasukan yang baharu bagi mengendalikan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony dimana langkah tersebut bersesuaian dengan berikutan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut Datuk Peter, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain kerana ketua jurulatih sedia ada, Jelius Ating tidak mempunyai lesen yang diwajibkan.

Sabah
Jelius ketika mengendalikan pasukan Sabah.
Sumber Gambar: MFL

“Kami telah cuba mengemukakan rayuan kepada FAM untuk memberi kelonggaran agar Jelius dapat terus membimbing skuad Sabah namun gagal.

“Kalau saya, sudah pasti saya pilih Jelius kerana sumbangan besarnya sehingga pasukan kita berjaya muncul juara Liga Perdana musim ini serta layak beraksi di Liga Super musim depan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Datuk-Peter-Anthony
Datuk Peter Anthony

Tambah Datuk Peter, SAFA sudah mempunyai senarai pendek calon yang bakal menggantikan Jelius dimana beliau memberi bayangan pengendali baharu yang akan dilantik berasal dari luar negara yang memiliki lesen kejurulatihan Pro A AFC.

Walaubagaimanapun, Jelius tidak akan berhijrah ke mana-mana pasukan dimana beliau kekal dan diberikan tanggungjawab baharu sebagai penolong jurulatih.

Baca artikel lain mengenai pasukan Sabah di sini:

Sabah Dan PDRM Perlu Selesaikan Proses Pelesenan Kelab Sebelum Naik Ke Liga Super

Kejayaan SAFA Tunai Janji Jadi Faktor Kejayaan Sabah – Matlan Marjan

Matlan Marjan: 23 Tahun Kami Tunggu Untuk Menjulang Kejuaraan Liga Premier