Pengarah Teknikal Pogram Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang baharu dilantik, Saad Ichalelene menegaskan beliau tidak mempunyai perancangan untuk membuat sebarang perubahan dan akan meneruskan langkah positif yang telah dicorak sebelum ini.

Menurut Saad, program tersebut berada di landasan yang tepat untuk melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti bagi diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan dan tugasnya adalah untuk menambah baik sistem sedia ada.

“Ideanya ialah saya tidak mahu membuat sebarang revolusi dan hanya akan meneruskan usaha baik yang telah dijalankan sejak program ini ditubuhkan dan cuba untuk membuat penambahbaikan. Kami akan bekerjasama untuk merangka stategi terbaik dengan semua pihak yang terbabit dalam program ini.

“Sebagai program nasional, misi kami bukannya untuk memenangi piala yang tidak akan diingati oleh sesiapa namun menyediakan platform yang kukuh untuk pembangunan pemain muda dan cuba untuk melahirkan pemain muda yang berkualiti bagi diserapkan ke dalam pasukan Liga Malaysia, pasukan kebangsaan dan juga pasukan-pasukan dari luar negara jika mempunyai peluang,” kata Saad.

Tambah bekas pemain Paris Saint-Germain itu, NFDP berhasrat untuk menjalankan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pasukan Liga Malaysia bagi menambah baik coaches education serta mewujudkan pusat pembangunan pemain muda.

Saad Ichalelene
Sumber Gambar: FAM

“Kami mahu meneruskan coaches education menerusi satu kerjasama bersama FAM dan menubuhkan lebih banyak pusat pembangunan pemain muda serta meningkatkan mutu serta kualiti kejohanan di peringkat akar umbi dengan kerjasama bersama pasukan Liga Malaysia.

“Negara ini mempunyai banyak potensi dan kami bersama-sama akan mencuba sedaya-upaya bagi melahirkan ramai pemain berkualiti,” tambahnya.

Selain Saad Ichalelene yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal yang baharu, NFDP turut melantik Dennis Bekking selaku Pengarah Akadmi Mokhtar Dahari (AMD), Abdifitaah Mohamed Hassan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Methodologi Kejurulatihan serta Aminuddin Hussain selaku Ketua Pembanguan Remaja.

Baca artikel lain mengenai Saad Ichalelene di sini:

Saad Ichalelene Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal NFDP Yang Baharu

Saad Ichalelene Ganti Lim Teong Kim?