Pogram Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kini mempunyai Pengarah Teknikal yang baharu apabila Saad Ichalelene dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lim Teong Kim dan beliau akan memulakan tugas pada 1 Disember ini.

Perkara ini disahkan oleh pihak NFDP sendiri menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut dimana selain melantik Saad sebagai Pengarah Teknikal, pihak NFDP turut melantik Dennis Bekking selaku Pengarah Akadmi Mokhtar Dahari (AMD), Abdifitaah Mohamed Hassan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Methodologi Kejurulatihan serta Aminuddin Hussain selaku Ketua Pembanguan Remaja.

Saad sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Metadalogi Kejurulatihan bermula pada tahun 2016 hingga 2018, sebelum menjadi Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (Pembangunan Negeri) pada tahun 2019.

Sebelum memegang jawatan dalam NFDP, Saad memulakan kerjaya sebagai Ketua Jurulatih, Akademi Bola Sepak Remaja Paris Saint Germain (PSG) pada tahun 2012 sehingga 2016 selepas menamatkan karier profesional sebagai pemain bola sepak profesional bersama beberapa kelab di Eropah seperti PSG, Nimes Olympique dan USM Alger. Beliau pernah mewakili Skuad Kebangsaan Algeria pada tahun 2005 dan 2006.

Saad Ichalelene
Saad ketika bersama pelatih NFDP.
Sumber Gambar: FAM

Lim Teong Kim pulang ke Jerman setelah kontrak beliau tamat pada 30 Oktober lalu selepas lima tahun menabur bakti bersama program tersebut. Di bawah seliaan Teong Kim, program NFDP berjaya melahirkan pemain berkualiti seperti Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Umar Hakeem serta Harith Haiqal.

Baca artikel lain mengenai Saad Ichalelene dan NFDP di sini:

Lim Teong Kim: Prestasi Skuad B-18 Bukti NFDP Bukan Satu Program Gagal

Saad Ichalelene Ganti Lim Teong Kim?