Khabar kurang baik datang daripada kem pasukan Penang apabila salah satu pemain terbaik mereka musim ini, Ryuji Utomo bakal kembali ke pangkuan Persija Jakarta setelah tempoh pinjaman selesai pada hujung musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Indo Transfer di laman media sosial Twitter dimana Ryuji bakal memperkuatkan Persija apabila saingan Liga 1 Indonesia musim ini memasuki saingan separuh masa kedua.

Ryuji menyertai Penang secara pinjaman pada awal musim ini selepas nasib Liga 1 musim 2021 belum diketahui ekoran situasi pandemik COVID-19 di Indonesia yang sedang berada di paras bahaya ketika itu.

Persija meminjamkan Ryuji ke kelab luar negara bagi memastikan pemain itu berada dalam keadaan terbaik apabila Liga 1 rasmi dijalankan kerana pemain berusia 26 tahun itu merupakan tonggak utama di bahagian pertahanan.

Bersama Penang, Ryuji Utomo membantu pasukan promosi itu menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ke-3, hampir layak ke saingan Piala AFC musim hadapan namun dipintas oleh Terengganu pada saat akhir.

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017 itu mencipta gandingan mantap bersama seorang lagi pemain import, Rafael Vitor di bahagian pertahanan dan keduanya menjadi salah satu faktor utama mengapa Penang mampu beraksi dengan baik dalam saingan Liga Super musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

TMJ Ajak “Admin” Laman Bola Sepak Untuk Bersemuka, Adakan Sesi “Live” Untuk Penyokong

Tiga Pemain JDT Digugurkan Dari Skuad B-22 Tahun Negara

23 Pemain Termasuk Dari Kelab Jerman Dipilih Mewakili Malaysia Hadapi Kelayakan Piala Asia B-23