Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City melakukan pembelian di saat akhir apabila menandatangani penyerang muda Jepun, Ryotaro Meshino dari kelab J1 League, Gamba Osaka.

Perpindahan Ryotaro ini disahkan oleh Gamba Osaka menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab pada semalam.

Penyerang berusia 21 tahun itu telah beraksi dalam 12 perlawanan bersama Gamba dalam saingan J1 League musim ini dan beliau berjaya menjaringkan sebanyak 3 gol sepanjang proses tersebut.

Manchester City sendiri masih belum memberikan sebarang pengesahan sama ada Ryotaro Meshino akan beraksi bersama skuad utama ataupun beliau akan dimasukkan dalam pasukan pembangunan.

Namun, ramai pihak berpendapat Ryotaro akan beraksi bersama pasukan pembangunan dimana pihak kelab mahu beliau untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di England terlebih dahulu sebelum menyenaraikan pemain itu dalam skuad utama.

Takefusa Kubo
Aksi Kubo ketika bersama Real Madrid.
Sumber Gambar: Marca

Ryotaro menyertai dua pemain muda Jepun yang lain seperti Takefusa Kubo dan Hiroki Abe yang menyertai kelab elit Eropah. Kubo menyertai Real Madrid manakala Abe menyertai seteru Real iaitu Barcelona.