Selepas rundingan panjang berlangsung berkaitan pelbagai perincian dibuat, akhirnya semua pihak yang terlibat dalam kisah perpindahan Luqman Hakim mencapai persetujuan serta pengumuman rasmi dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Sebelum ini banyak cerita berkaitan pemain itu yang banyak menggusarkan ramai peminat bola sepak Malaysia dan ada yang telah mencetuskan pelbagai pendapat mengenai perpindahan penjaring gol terbanyak kejohanan AFC U16 2018 itu.

Perincian mengenai perpindahan dilakukan dengan teliti supaya tidak ada pihak yang menjadi mangsa atau mengambil kesempatan, walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi ia bakal memberikan faedah yang besar dimasa depan.

luqman era sabah-min

Ramai sebenarnya menantikan mengenai progress perpindahan ini, dan tidak lama lagi teka-teki akan terjawab.

Luqman Hakim sendiri seperti beliau tegaskan dalam satu temu bual bersama Dunia Bola baru-baru ini menyatakan bahawa dia akan hadap apa sahaja apa yang akan berlaku kerana ini adalah impian dan perkara yang dia sendiri mahukan.

“Walau Macam Mana Pun Keadaan Disana Saya Kena Hadaplah, Ini Impian Saya, Ini Yang Saya Nak!”

Bagi yang terlepas untuk menonton video tersebut, sila lihat video dibawah untuk mendengar sendiri kata-kata Luqman berbicara mengenai impiannya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini

Ini Rupa Terkini Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selepas Dinaik Taraf