Sebentar tadi laman sosial media Twitter rasmi pasukan Terengganu FC memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan perkembangan mengenai rumput baru padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang sedang melalui proses naik taraf.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu dapat dilihat bahawa padang stadium itu kelihat cukup mantap walaupun masih lagi belum diperkemaskan dan bersedia untuk mana-mana perlawanan.

Kos menaik taraf padang berkenaan adalah daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hasil hubungan baik antara pihak PBSNT dan Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pada ketika itu dan difahamkan kos untuk menaik taraf padang itu bernilai RM1 juta.

EPl_WUbVUAACxQm

Menurut beberapa laporan yang dikeluarkan ketika proses menaik taraf itu bermula tahun lalu, padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menggunakan rumput jenis Bermuda selepas rumput jenis Paspalum agak cerewet untuk diuruskan kerana memerlukan siraman air masin.

EPl_WUeVUAMcxkQ

Selain itu, bagi memastikan semua proses menaik taraf padang berjalan dengan lancar sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan yang dianggotai MFL, JKR (Jabatan Kerja Raya), KSNT (Kompleks Sukan Negeri Terengganu) dan PBSNT dan diketuai oleh Haji Marzuki Sulong.

Semoga padang baru ini dapat dijaga dan diselenggara dengan baik untuk memberikan satu lapangan yang terbaik untuk pasukan Terengganu FC beraksi nanti.

Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ceres Negros Pintas Buriram United Sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik ASEAN, JDT Kini Dalam Top 5 ASEAN

JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020

Bekas Pemain LA Galaxy Sah Sertai Pasukan Global Makati City Dalam Saingan Philipinnes Football League 2020

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group