Selepas melalui perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan berjaya mengikat kedudukan 2-2 bertemu Malaysia tempoh hari, Jepun berjaya muncul sebagai juara kumpulan dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan AFC B16 2020.

Status sebagai juara bertahan kejohanan bawah umur itu jelas tidak menggugat semangat juang pasukan Malaysia yang berjaya menekan skuad bimbingan Yoshiro Moriyama sehingga saat terakhir.

Sejurus tamat aksi tersebut, melalui tinjauan kami di laman rasmi JFA, terdapat artikel mengenai reaksi 3 pemain mereka terhadap perlawanan bertemu Malaysia tempoh hari.

Penjaga gol #21, Kaisei Matsubara (Kamatamare Sanuki U15)

Perlawanan bertemu Malaysia ini adalah penampilan pertama saya, dan walaupun pada permulaannya saya rasa kami mengalami kesukaran, tetapi akhirnya kita berjaya.

news_285870_1
Kaisei Matsubara ketika berdepan dengan Izrin Ibrahim.

Ada beberapa situasi yang mendebarkan dalam perlawanan itu namun apa yang lebih penting kita berjaya mara ke pusingan akhir.

Walaupun pihak lawan beraksi dengan kurang 1 pemain, banyak kesilapan yang berlaku dipihak kita yang menyebabkan pihak lawan mampu melalukan banyak serangan balas, dan kita akan cuba mencari penyelesaian kepada perkara ini dalam latihan nanti.

Ini juga merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pasukan, dan kami akan berusaha mengatasi kelemahan tersebut.

Pertahanan #4, Hayato Sugita (Yokohama FC Junior Youth)

Ini merupakan penampilan pertama saya bertemu Malaysia dan ada sedikit debaran dan juga kaku dalam perlawanan tersebut namun beransur hilang selepas itu.

ツーショット真面目リサイズ
Hayato Sugita bersama jurulatih Yokohama FC, Nishiyama.

Wujud beberapa situasi yang cukup genting serta ketinggalan kepada pihak lawan, namun akhirnya kami berjaya mengejar kedudukan tersebut (2-2) serta memberikan satu keputusan yang baik untuk pasukan layak ke peringkat seterusnya.

Banyak lagi kelemahan kami dalam peringkat kelayakan ini dan akan diperbaiki bagi memastikan kita dapat memberikan keputusan yang baik dalam kejohanan AFC B16 2020 nanti.

Pemain Tengah #7, Rui Osako (Kamimura Gakuen Junior High School)

Dalam perlawanan hari ini, pihak lawan telah melakukan tekanan dari awal dan kami sedar mengenai perkara itu seterusnya memerhatikan keadaan tersebut sambil beraksi seperti biasa.

rui osako
Rui Osako, kapten pasukan U15 Kamimura Gakuen Junior High School

Separuh masa pertama, kami banyak melakukan clearance yang pelik, membuat hantaran kepada lawan. Pada separuh masa kedua, kami berjaya memberikan support pantas kepada pemain yang memegang bola untuk melakukan gerakan, sedikit sebanyak membolehkan kami bermain dengan cara sendiri.

Sepanjang perlawanan itu juga banyak peluang yang ada, dan jika berjaya disudahkan pasti akan menjadikan permainan lebih mudah.

Selain itu secara peribadi, dibahagian tengah kita banyak kehilangan bola. Kita akan pulang dan berusaha untuk menjadi lebih matang serta memiliki lebih kesedaran.

16 pasukan telah layak ke kejohanan AFC B16 2020 dan 4 pasukan terbaik dari kejohanan itu akan menerima slot ke Piala Dunia B17 2021.

Artikel lain mengenai kejohanan AFC B16 berkaitan pasukan Malaysia seperti dibawah.

Gol Minit Akhir Jepun B16 Menutup Rapat Peluang Malaysia Mara Ke Kejohanan AFC B16 2020

Senarai Penuh 16 Pasukan Yang Layak Beraksi Dalam Saingan AFC B-16 2020

AFC B16 2020: Indonesia Wakil Tunggal Asia Tenggara Layak Ke Pusingan Akhir