Bekas pemain Argentina, Oscar Ruggeri geram melihat aksi Neymar yang menurutnya suka mengaibkan lawannya dan kemudian apabila terkena sedikit bentesan dia akan berguling guling seperti patah kaki.

Neymar menjadi pemain penting dalam membantu negaranya mara ke final Copa America sekali lagi. Edisi lalu, Neymar tidak dapat bermain kerana kecederaan. Di mana pasukan Brazil menjadi juara.

Namun Ruggeri ternyata bukan peminat Neymar kerana sikap pemain itu yang menurutnya biadap dan angkuh.

Ruggeri menegaskan bahawa, Neymar tidak menghormati lawannya di atas padang, tidak seperti Messi. Di mana Messi tidak akan pernah cuba membuat sesuatu skil hanya semata mata mahu memalukan lawannya.

Ruggeri lantas menuduh Neymar melanggar etika seorang pemain bola sepak profesional.

“Jika saya berpeluang berlawan dengan Neymar di atas padang, saya akan membentes untuk patahkan kakinya,” kata Ruggeri kepada ESPN.”

“Sebab kalau kamu tak bentes dia, dia akan pergi selepas memalukan kamu dan kamu tak akan dapat kejar dia. Dalam kedudukan 4-0 kamu ketinggalan, dan dia masih melakukan sesuatu untuk memalukan kamu.”

“Saya pernah beraksi atas padang, pemain seperti ini membuatkan kamu rasa nak tendang mereka sampai cedera, saya tak peduli dibuang padang sekalipun.”

Ruggeri kemudian mengkritik corak permainan Neymar yang suka berlakon dengan berlebihan di atas padang setiap kali terkena sentuhan daripada lawannya walaupun sedikit. Reputasi itu membuatkan Ruggeri lagi bersemangat mahu menerajang Neymar.

“Kamu sentuh Neymar sikit sahaja di kakinya, dan dia akan melayang terbang. Kita pun tak faham, kenapa dia melakukan perkara seperti itu. Jika kita sentuh dia dari belakang, kita melihat dia tiba tiba berguling, supaya kamu mendapat amaran.”

https://twitter.com/i/status/1412210010998857730

Ruggeri mahu Neymar mencontohi Messi yang tidak pernah melanggar etika bola sepak.

“Neymar berbeza dengan pemain lain, tak macam Messi, tapi dia berbeza.”

“Jika pasukan kamu sudah mendahului 4 gol, kamu ada satu etika di atas padang, kamu tak mahu lawan kamu jatuh dengan teruk, dan kamu tak akan melakukan perkara yang mengaibkan mereka lagi.”

“Misalnya dalam perlawanan menentang Peru sebelum ini [peringkat kumpulan], mereka sudah 4-0 di hadapan, Neymar masih sempat mengaibkan pemain lawan. Kamu akan sesekali tengok Messi melakukan perkara seperti itu kepada lawannya ketika kedudukan 4-0.”

Baca juga artikel

Copa America 2021: Jaringan Paqueta Bantu Brazil Tempah Slot Ke Final

UEFA Jelaskan Kenapa Ronaldo Di Atas Schick Dalam Carta Kasut Emas

Kecewa Kalah, Vidal Tak Sabar ‘Repeat’ Dan Tewaskan Brazil Tanpa Bantuan Pengadil