Bekas penyerang import pasukan Selangor, Rufino Segovia menyatakan beliau mahu kembali ke pangkuan Gergasi Merah dengan tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai jurulatih.

Kontrak Rufino tidak disambung oleh pengurusan Selangor dan beliau berasa sedih kerana harus meninggalkan pasukan setelah beraksi selama empat musim bersama juara Piala Malaysia 33 kali itu.

“Hari yang sedih bagi saya, namun saya bersyukur kerana saya pernah bermain untuk pasukan Selangor. Saya harap dapat kembali semula sebagai jurulatih.

“Saya akan sentiasa menyayangi dan mengingati kamu (penyokong Selangor) selamanya. Saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Empat musim yang terbaik dalam hidup saya, dengan penyokong terbaik yang boleh saya impikan, sebuah kelab dan penyokong yang memberikan segalanya untuk saya dan saya memberikan segalanya untuk anda,” katanya Menurut laporan Harian Metro. L

Rufino Segovia menjadi salah satu pemain import terbaik yang pernah dimiliki oleh Selangor. Meskipun tidak berjaya membantu kelab Lembah Klang itu memenangi kejuaraan, namun kerja keras dan tekad pemain berusia 33 tahun itu menjadikan beliau antara pemain kesayangan peminat.

Rufino membantu Selangor mara ke perlawanan akhir Piala FA pada 2018,namun sayangnya mereka tewas kepada Pahang dengan keputusan 2-0.

Pada tahun yang sama, Rufino muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super dimana beliau menjaringkan 19 gol sepanjang musim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Taylor Regan Dan Rufino Segovia Ucap Selamat Tinggal Kepada Selangor

RASMI: FAS Umum Karsten Neitzel Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Skuad Gergasi Merah!

Selangor Kekalkan Ifedayo Olesegun, Bakal Dapatkan Pemain Import Dari Eropah