Bekas kapten United, Roy Keane menceritakan detik beliau mengajak Vieira bertumbuk dalam satu insiden terowong.

Suhu panas perseteruan kedua dua pasukan sentiasa menjadi topik hangat pada satu ketika dulu.

Namun kemuncaknya adalah insiden Keane menjerit: “Aku jumpa kau kat luar sana.”

Roy Keane dan Patrick Vieira dianggap antara pemain tengah terbaik dalam Liga Inggeris pada generasi mereka.

Namun Roy Keane menegaskan bahawa, Patrick Vieira tidak akan mampu untuk masuk ke dalam pasukan utama United sekalipun, walaupun beliau pemain yang hebat di Arsenal.

“Saya tak rasa Patrick Vieira akan masuk ke dalam pasukan utama Manchester United.”

“Tapi dia boleh menjadi pemain skuad [pemain simpanan] dan saya rasa dia kurang gembira tentangnya.”

Arsene Wenger menganggap satu ketika dahulu, para pemain menganggap pertarungan Arsenal dan Man United adalah hidup dan mati.

“Ini adalah masa di mana pemain Arsenal bermain demi hidup dan mati — dan pemain Man United bermain demi hidup dan mati,”

“Jadi itu tentu saja memburukkan lagi persaingan kerana seperti “kamu berhutang dengan aku” dan kamu saling membenci.”

“Selain itu anda mempunyai karakter yang kuat – anda bercakap mengenai Roy Keane dan Patrick Vieira; Keane selalu dikaitkan dengan permainan ganas walaupun dia pemain yang hebat.”

“Perseteruan saya dan Alex, saya pengurus asing yang datang dan kemudian mengganggundominasinya, dan dia tak gembira dengannya.”

“Dia tak suka dan sangat benci untuk kalah. Sama juga dengan saya, saya bencikan kekalahan. Jadi ada beberapa ketika ianya menjadi di luar kawalan.”

“Namun seiring dengan masa, apabila persaingan berlarutan, hubungan kami menjadi lebih baik. Dan hari ini kami baik sekali dan mesra.”

Baca juga perkembangan lain

Ziyech Samai Rekod Diego Costa

Pires Mahu Mbappe Tinggalkan Liga Perancis Jika Mahu Terus Maju

Maaf Milan, Dalot Bukan Untuk Dijual