Roy Keane nampaknya membangkitkan semula perang mulut dengan pengendali Brazil iaitu Tite.

Sebelum ini Keane mengecam tindakan pemain pemain Brazil yang menari meraikan keempat empat gol mereka ketika berdepan dengan Korea Selatan. Ini termasuk tindakan Tite yang turut menari sekali bersama pemain pemainnya.

Bercakap dalam ulasan separuh masanya di ITV Keane akui menyampah dan berkata: “Saya tidak percaya apa yang saya tonton sebenarnya.”

“Cemerlang, cemerlang sekali daripada Brazil, permulaan permainan yang hebat, Korea Selatan berkejaran di mana-mana.”

“Saya tidak pernah melihat begitu banyak tarian seperti hari ini – ia seperti menonton Strictly [pertandingan tarian]!”

“Saya tidak percaya dengan apa yang saya tonton, saya benar-benar tidak boleh menerimanya. Korea Selatan, ya Tuhan, saya tidak percaya apa yang saya tonton.”

“Saya tidak suka ini [keraian setiap gol dengan tarian],” tambahnya.

“[Ada] satu perkara tentang budaya, saya faham itu, tetapi saya fikir ia tidak menghormati pihak lawan anda.”

“Ia adalah empat gol dan mereka melakukannya setiap kali gol itu.”

“Saya tidak kisah dengan langkah tarian kecil yang pertama – apa sahaja yang mereka lakukan – tetapi mereka masih melakukannya selepas itu, dan kemudian pengurus [Tite] terlibat sekali dengannya.”

“Saya tidak menyampah dengannya, saya rasa ia tidak bagus langsung.”

Tite kemudian membalas kritikan Keane itu dengan mengingatkan Roy Keane bahawa ianya sebahagian daripada budaya di Brazil.

Tite kecam balik Keane

Tite berkata: “Ini bukan pasukan kebangsaan milik saya. Ia adalah pasukan kebangsaan milik orang Brazil yang saya bertanggungjawab sebagai jurulatih.”

“Saya minta maaf kepada orang yang tidak tahu sejarah dan budaya Brazil serta cara hidup kami. Kami akan terus melakukan perkara mengikut cara kami.”

“Saya mahu hubungan saya adalah dengan orang yang berkaitan dengan saya, yang tahu betapa saya menghormati sejarah kami, mereka adalah orang-orang yang memberikan saya hati.”

“Mungkin ada ramai kanak-kanak yang menari kerana itulah budaya Brazil apabila gol berjaya dijaringkan. Itu bukan soal tidak menghormati orang lain. Itulah yang kami lakukan dan itulah diri kami.”

“Saya berusia 61 tahun dan pemain ini hampir boleh menjadi cucu saya tetapi saya mempunyai hubungan dengan mereka.”

“Jika saya perlu menari saya akan menari walaupun saya akan melakukannya secara tidak langsung dan saya meminta mereka untuk menyembunyikan saya. Itu bukan cara saya,” tambah Tite lagi.

Keane pertahankan hujahnya

Mendengar komen Tite itu, Keane kembali mempertahankan kritikannya.

Keane berkata: “Saya tak faham bagaimana seorang pengurus boleh menari ketika perlawanan masih berlangsung.”

“Di sebelahnya ada penguus pasukan lain yang berada hanya beberapa meter daripadanya.”

“Sukan ini adalah berkaitan dengan sikap saling hormat menghormati. Menarilah selepas tamat perlawanan atau pergi menari di kelab malam.”