Bekas kapten Manchester United Roy Keane tidak percaya bekas kelabnya akan dapat bersaing dengan Liverpool atau Manchester City tahun depan.

Dalam temu bual dengan The Independent, Keane berkongsi pandangannya mengenai peluang United bersaing kejuaraan pada musim depan.

“Carta liga tidak berbohong,” katanya, sebelum menambah bahawa United “masih di belakang Liverpool dan Man City.”

“Namun, semakin banyak rasa optimis mengenai Red Devils ketika ini dengan Ole Gunnar Solskjaer membimbing mereka melalui 14 perlawanan tanpa kekalahan.”

“Permulaan yang hambar dalam liga telah meletakkan mereka dalam perlumbaan untuk slot empat teratas.”

“Ketika ini United di tempat keenam dan lima mata dari Chelsea yang berada di tempat keempat.”

Ketibaan Bruno Fernandes telah memberikan perbezaan yang besar dan jelas untuk melihat United mempunyai percikan sebenar pada ketika ini – di bahagian tengah -berbanding awal musim.”

“Sang Magnifico dari Portugal memberi kita kualiti tambahan di tengah dan kelihatan membantu orang lain di sekelilingnya telah meningkatkan permainan mereka.”

“Kemudian anda lihat Harry Maguire, yang datang pada musim panas dan sudah menjadi kapten kelab.”

“Dia telah membawa lebih banyak kekuatan di belakang, tetapi banyak yang merasakan pemain antarabangsa England itu memerlukan pasangan yang lebih baik daripada Victor Lindelof di sampingnya.”

“Apabila orang bercakap tentang bersaing dengan Liverpool musim depan, penting untuk mempertimbangkan bahawa mereka telah memenangi 28 dari 31 perlawanan mereka di dalam liga, dan ketika ini 37 mata di depan United, yang hanya menang 13.”

“Untuk bersaing sebagai pencabar kejuaran musim depan akan menjadi satu langkah yang sangat besar.”

“Ianya akan menjadi sukar untuk mengatasi Liverpool atau Man City selama 12 bulan akan datang,” tegas Keane.

Baca juga perkembangan lain

Pemain Muda Arsenal Buat Arteta Bangga

Sepakan Percuma Lewat Iago Aspas Beri Real Madrid Kelebihan Ke Atas Barca

Presiden La Liga Anggap Messi Ikon La Liga, Ronaldo Pergi Tak Berikan Impak