Bekas kapten Man United, Roy Keane mengamuk teruk di dalam ulasan perlawanannya di studio.

Beliau sangat marah dan mengakui ‘sakit nak mati’ melihat akasi De Gea dan Harry Maguire. Keane merasakan dua pemain tersebut sepatutnya balik ke Manchester dengan teksi.

Keane tidak faham bagaimana Steven Bergwijn boleh menjaringkan gol pada minit ke-27. Dengan cara melepasi Maguire terlalu mudah.

De Gea pula melakukan satu lagi goalkeeping error – di mana beliau gagal menepis kemas bola.

“Saya tak akan benarkan mereka menaiki bas pasukan sekalipun selepas perlawanan. Ambil teksi sendiri untuk balik ke Manchester. Mereka patut gantung kepala sendiri di sana dengan penuh malu.”

Maguire, pemain yang dibeli United dari Leicester dengan harga £80 juta pada Ogos tahun lalu turut melakukan aksi pertahanan yang lemah.

“Saya terkejut tengok gol itu,” tambah Keane lagi.

“Saya sudah menonton banyak aksi bola sepak beberapa tahun ini, dan dibolosi gol seperti itu, saya marah.”

“Saya tak percaya yang itu adalah Manchester United. Luke Shaw, menanduk bola di udara dan terus berlari ke hadapan.”

“Saya bengang dengan Maguire, bagaimana seorang pemain antarabangsa boleh diperlakukan sebegitu rupa. Dan saya sakit nak mampus dengan penjaga gol ini.”

“Kalau saya, saya akan ajar David De Gea ketika rehat separuh masa, dia tak akan terlepas selepas apa dia buat.”

“Saya akan menghayunkan penumbuk kepadanya. Bola itu tadi adalah standard untuk diselamatkan seorang penjaga gol kebangsaan.”

“Saya sangat terkejut dengan Maguire, De Gea. Saya tak akan biarkan mereka naik bas sekalipun selepas tamat perlawanan. Balik ke Manchester, pakai teksi.”

“Lakukan tugas kamu sebaiknya. Kita nak kejar 4 teratas – tak payah fikir pasal trofi. Mengejutkan. Saya kecewa. Mereka patut gantung kepala dalam keadaan memalukan.”

Ole Gunnar Solskjaer tak setuju dengan bekas kaptennya itu dan mempertahankan pemainnya.

“Roy pemain tengah luar biasa, kawan baik saya. Saya tak pasti kalau dia dapat hentikan gol itu [kalau dia masih bermain].”

Prestasi tidak menentu David De Gea dalam dua musim ini membuatkan segelintir peminat Man United mahu kelab mereka menjadikan Dean Henderson sebagai penjaga gol utama mereka pada musim akan datang.

Baca perkembangan lain dari Eropah

Highlight EPL: Penalti Bruno Fernandes Selamatkan United

Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti

Peminat Kecam Ronaldo Yang Tidak Ambil Penalti Awal

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group