Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Terengganu FC II, Roshadi Wahab meletakkan sepenuh keyakinan terhadap penyerang import, Jordan Mintah untuk menampilkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Roshadi nyata gembira dengan perkembangan dan kelincahan yang ditampilkan oleh Mintah sejak menyertai pasukan daripada kelab Filipina, Kaya-Iloiloi pada dua minggu lalu.

Roshadi Wahab

Sumber Gambar: Kaya-Iloiloi

“Dia (Mintah) berjaya mendapatkan keserasian dengan tonggak import serta pemain tempatan lain biarpun belum berada dalam keadaan 100 peratus.

“Saya berpuas hati dengan persembahannya sejak awal menyertai sesi latihan TFC II dan yakin dia mampu menunjukkan taring sebenar dalam Liga Perdana,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Jordan Mintah menampilkan prestasi yang luar biasa pada saingan Liga Filipina musim 2019 dimana beliau menjaringkan 31 gol dalam 24 perlawanan serta memiliki gol ratio sekitar 1.29 bagi setiap perlawanan.

Roshadi Wahab

Roshadi Wahab. Sumber Gambar: Terengganu FC

Pada masa yang sama, Roshadi Wahab menegaskan pemain muda tempatan tidak akan dipinggirkan dimana mereka juga bakal memainkan peranan besar dalam pasukan.

“Walaupun ada pemain import, tidak bermakna khidmat tonggak muda ini akan dipinggirkan, sebaliknya TFC II akan memainkan peranan menonjolkan pemain muda.

“Mereka akan bersama pasukan ini dalam misi tiga teratas Liga Perdana serta kembali merampas Piala Cabaran,” tambah Roshadi.

Baca artikel lain mengenai Jordan Mintah dan Terengganu FC di sini:

Penjaring Terbanyak Liga Filipina 2019 Jordan Mintah, Penyerang Import Terbaru Pasukan Terengganu FC II?

Syamim Yahya Dakwa Kenyataan Terengganu FC Bercanggah Dan Tidak Tepat

Bekas Pemain Terengganu FC Masih Menunggu Baki Tunggakan Gaji

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group