Kehadiran Casemiro bagi memperkuatkan skuad Manchester United mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak selepas legenda kelab, Wayne Rooney mempersoalkan tindakan Erik ten Hag membawa masuk pemain skuad kebangsaan Brazil itu.

Menurut laporan Manchester Evening News, Rooney yang kini bergelar pengurus DC United berpendapat The Red Devils seharusnya mendapatkan pemain lebih muda berbanding Casemiro.

Walaupun Casemiro hadir dengan reputasi hebat sebagai antara nadi kepada kekuatan Real Madrid terutamanya dalam mengenggam lima trofi Liga Juara-Juara Eropah serta tiga kali bergelar juara La Liga tetapi ia tidak begitu dapat menarik minat Rooney.

RASMI: Casemiro Sertai Manchester United

Hal ini kerana beliau melihat Manchester United seharusnya memikirkan tentang perancangan masa panjang dalam meningkatkan lagi kemampuan kelab tersebut.

“Ini kembali kepada keperluan untuk melihat tentang masa hadapan,” ujar Rooney mengulas tentang kedatangan pemain berusia 30 tahun itu.

“Sebaik-baiknya, mereka perlu menandatangani pemain muda hingga pertengahan 20 tahun dan Casemiro sebaya dengan Christian Eriksen.”

TERKINI: Ancelotti Sahkan Casemiro Sertai Manchester United

“Mereka memang pemain yang bagus tetapi adakah mereka akan membantu dalam membantu kelab untuk bergerak ke hadapan? Frenkie de Jong, sasaran utama Ten Hag di jentera tengah merupakan pilihan yang lebih baik.”

“Kesepakatan untuk merekrut Casemiro nampaknya entah datang daripada mana dan kelihatan ianya seperti tandatangan yang reaktif. Saya terkejut sekiranya dia merupakan pemain yang dikesan sebagai keutamaan untuk dibawa masuk apabila ten Hag tiba.”

“Ia kelihata  seperti apabila mereka gagal untuk membawa de Jong, United hanya bertindak balas terhadap Casemiro yang sedia untuk berhijrah,” tambah Rooney lagi.