Legenda Manchester United, Wayne Rooney berpendapa Paul Pogba sepatutnya meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini.

Pogba adalah pemain yang dibeli dengan rekod perpindahan dunia ketika dia kembali ke Old Trafford pada 2016 selepas berkembang menjadi pemain tengah elit di Juventus. Dan masih menjadi pemain termahal dalam sejarah Manchester United.

Pada usia remajanya, pemain Perancis itu tidak mendapat peluang di United. Membuatkan dia nekad berpindah dan menjadi salah seorang pemain tengah terkemuka Eropah semasa berada di Turin.

United kemudian berusaha sedaya upaya mendapatkan semula Pogba. Dan pemain itu setuju, dengan menyatakan bahawa masih ada urusan yang belum selesai di United.

Sejak menyertai Man United, Pogba seringkali dibandingkan dengan prestasinya sendiri ketika di Juventus. Dia hanya memenangi dua trofi sejak Pogba ditandatangani kelab yang berpangkalan di Manchester itu.

Masa depan Pogba juga telah lama diperdebatkan, ditambah pula dengan penampilan luar biasa Bruno Fernandes sejak ketibaannya pada Januari 2020 telah memberi ancaman kepada kedudukan pemain berusia 29 tahun itu.

Kontraknya akan tamat pada penghujung musim dan, setakat ini, tiada kesepakatan dicapai untuk perjanjian baharu, dan bekas rakan sepasukan Pogba, Rooney berpendapat sudah tiba masanya untuk dia berpindah ke kelab lain.

Rooney memberitahu Sky Sports “Mungkin kini ada satu titik di mana lebih baik untuk dia meneruskannya.”

“Jika Paul jujur ​​dengan dirinya sendiri, dia mungkin tidak mempunyai impak yang dia mahukan sejak dia kembali ke Manchester United.”

Rooney juga menegaskan bahawa impak Pogba di Perancis sangat berbeza dengan impaknya di Manchester United.

“Saya melihat dia bermain untuk Perancis dan dia adalah pemain yang berbeza dengan segala-galanya, visinya, kawalannya terhadap permainan adalah dalam setiap perlawanan untuk Perancis.”

Rooney, penjaring gol terbanyak United, juga menegaskan bahawa sebahagian daripada masalah adalah kerana kekurangan pengurus yang mantap semasa Pogba di kelab itu. Di mana seringkali berlaku pertukaran pengurus.

Di Perancis Pogba jelas dengan sistem yang sudah stabil bersama pengurus yang sama untuk tempoh yang lama.

“Tidak ada pengurus yang mantap di sana sejak pemergian Alex Ferguson, jadi sesiapa yang datang memerlukan masa untuk membina semula hubungan dengan pemain pemain tersebut,” tambahnya.

Pogba dikaitkan dengan Real Madrid dan PSG jika beliau memutuskan untuk meninggalkan Manchester United.