Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Wayne Rooney membincangkan tentang kekalahan QPR di tangan Man City pada 2012, tidak pernah dibedah dengan betul, dengan legenda Man United itu melabelkannya sebagai aksi yang’pelik’.

City terkenal dengan kisah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka dalam keadaan paling dramatik.

Di mana  anak – anak buah Roberto Mancini menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk bangkit mencatat 3-2 yang luar biasa dan menewaskan pesaing setempat mereka, Man United untuk menduduki tempat teratas dengan perbezaan gol.

Perlawanan itu diingati kerana gol kemenangan saat akhir Sergio Aguero, dengan pemain Argentina itu merembat bola melepasi Paddy Kenny membuatkan penonton di Etihad menjadi euforia.

Wayne Rooney kekal mengesyaki ada perkara yang tidak kena dengan kemenangan Man City ke atas QPR pada 2012 itu, melabelkan detik-detik yang membawa kepada gol kemenangan ikonik Sergio Aguero sebagai ‘pelik’

Walaupun memberikan keterangan dalam perbicaraan kes fitnah isterinya, Coleen dengan isteri Jamie Vardy, Rebekah, namun pengurus Derby County dilihat mencetuskan lebih banyak kontroversi dengan menegaskan ada sesuatu yang mencurigakan tentang cara QPR tumbang menentang City pada hari terakhir musim 10 tahun lalu .

“Paddy Kenny sepatutnya melakukan lebih baik untuk beberapa gol,”
kata Rooney.

“City mendapat gol kedua dan QPR menyepaknya terus kepada pemain mereka dan tindakan itu tidak pernah dipersoalkan – saya rasa pelik.”

“Djibril Cisse meraikan dengan pemain City selepas perlawanan tamat, tetapi ya dengar, ia adalah detik bersejarah dalam Liga Perdana Inggeris – itu saya pasti.”

“Jika kamu bukan pemain Manchester United, itu mungkin salah satu momen terhebat dalam liga bagi kamu.”

 

Rooney dan beberapa legenda Liga Perdana yang lain – termasuk Ian Wright dan Vincent Kompany – ditanya tentang gol Aguero ketika City meraikan ulang tahun ke-10 gol tersebut, dan ‘salah satu gol terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

City melancarkan tugu keraian Aguero di luar Etihad minggu lalu. Aguero rasa terharu dengan penghargaan itu.

“Sejujurnya, ia adalah satu perkara yang sangat indah bagi saya, melihat diri saya 10 tahun lalu sangat mengharukan,” kata Aguero.

“Dalam 10 tahun itu saya dapat memenangi banyak trofi dan dapat membantu kelab menjadi salah satu kelab yang terbesar di dunia.”

“Saya sangat berterima kasih kepada kelab kerana membuat patung ini sebagai mengiktiraf kerjaya bola sepak saya di Manchester. Ia sesuatu yang sangat istimewa.”

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group