Wayne Rooney sekali lagi menimbulkan perdebatan panas kerana pandangan jujurnya. Rooney sudah beberapa kali memberikan pandangan jujur dari hati termasuk ketika dia mengakui cuba mencederakan Terry. Sehinggakan FA England membuka siasatan ke atas insiden yang lebih sedekad itu.

Rooney dan Ronaldo merupakan dua sahabat baik di dalam dan di luar padang. Mereka bergandinga bersama selama 5 tahun di Manchester United.

Namun dalam beberapa tahu kebelakangan ini, ada beberapa perkara membuatkan mereka tidak begitu sehaluan. Sebelum ini Rooney pernah melabel Lionel Messi sebagai lebih bagus daripada Ronaldo.

Baru baru ini, dalam sesi analisis di Monday Night Football, Rooney telah mengkritik pembeliau pemain berusia 37 tahun itu – Cristiano Ronaldo.

Rooney menyatakan bahawa perpindahan Ronaldo ke Manchester United adalah tidak memberikan sebarang manfaat kepada Manchester United pada masa akan datang.

Rooney berkata: “Kamu harus menyatakan tidak [menjadi] buat masa ini.”

“Saya rasa dia menjaringkan beberapa gol, menjaringkan beberapa gol penting dalam Liga Juara Juara Eropah pada awal musim ini, dan dia menjaringkan hatrik menentang Tottenham.”

“Namun saya fikir, jika kamu lihat dari sudut masa depan kelab, kamu harus mendapatkan pemain yang lebih muda, pemain lebih lapar untuk melakukan terbaik di Manchester United dalam 2 atau 3 tahun akan datang.”

“Hakikatnya, Cristiano bukan pemain seperti mana dia pada usia 20-an, dan itu memang berlaku, itulah bola sepak.”

“Dia adalah ancaman di hadapan gol namun untuk keseluruhan perlawanan, mereka perlukan lebih banyak daripada penyerang mereka, mereka perlukan pemain muda yang laparkan kejayaan.”

Ronaldo telah memberikan komennya di Instagram Wayne Rooney dengan menuduh Rooney sebagai dengki.

Ronaldo menulis: “Dua orang dengkit,” merujuk kepada Rooney atau seorang lagi ditujukan kepada Jamie Carragher.

Rooney ditanya tentang komen Ronaldo tersebut dalam sidang medianya pada Khamis. Rooney dengan nakalnya mengheret nama Messi dalam subjek berkaitan Cristiano Ronaldo.

Menurut Rooney, kesemua pemain di dunia ini akan berasa dengki atau cemburu dengan Ronaldo kecuali Lionel Messi.

“Saya nampak komen itu pagi ini. Saya rasa, tak seorang pun pemain bola sepak di dunia ini yang tidak cemburukan Cristiano. Dengan karier yang dia ada, trofi, wang yang dia raih, six pack dia.”

“Semua pemain kecuali Lionel Messi – akan cemburu dengan Cristiano.”