Wayne Rooney rasminya bersara daripada bola sepak pada usianya 35 tahun. Ini selepas bekas pemain antarabangsa England itu mahu fokus kepada tugas pengurus di Derby County.

Sebelum ini Rooney dilantik menjadi pemain merangkap jurulatih, dan kemudian menjadi pemain merangkap pengurus interim menggantikan Phillip Cocu yang dipecat pada November.

Hari ini Rooney dilantik menjadi pengurus Derby County secara tetap selepas menunjukkan prestasi memuaskan.

Wayne Rooney merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Manchester United.

Beliau pernah membentuk gandingan berbisa dengan Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo pada satu ketika dahulu.

Rooney merupakan pemain yang serba boleh dan sangat rajin di atas padang. Sepanjang kariernya beliau bermain sebanyak 764 perlawanan dan menjaringkan 313 gol. Menjuarai 5 Liga Perdana Inggeris dan 1 Liga Juara-juara Eropah.

Selamat bersara dan syabas kepada Wayne Rooney di atas karier baharu anda.

Legenda!