Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, disahkan masih belum pulih daripada Covid-19. Dalam ujian terbaru dijalankan, pemain itu positif sekali lagi.

Ini bermakna Cristiano Ronaldo perlu melanjutkan tempoh isolasi dirinya. Justeru pemain itu tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah pertengahan minggu hadapan menentang Barcelona, ​​di Turin.

Berita ini pastinya tidak disukai peminat Juventus yang mengharapkan bintang utama mereka itu dapat beraksi berdepan dengan Barca.

Selain daripada itu, peminat bola sepak seluruh dunia tidak akan dapat menyaksikan aksi Cristiano Ronaldo berdepan dengan Lionel Messi sekali lagi.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Juventus dikhabarkan meminta izin dari UEFA untuk menguji kembali keadaan Ronaldo 49 jam sebelum perlawanan.

Namun peraturan oleh UEFA menyatakan, seseorang pemain perlu disahkan positif, sekurang kurangnya seminggu sebelum hari perlawanan.

Dengan harapan, jika semasa ujian itu, Ronaldo disahkan negatif Covid-19, maka pemain Portugal itu dapat diturunkan.

Ronaldo mulai diuji positif untuk Covid-19 selepas memperkuatkan pasukan kebangsaan Portugal.

Namun sedikit melegakan Juventus adalah prestasi pemain yang baru kembali ke pangkuan mereka, Alvaro Morata yang setakat ini sudah menjaringkan 3 gol daripada 3 aksi terakhirnya bersama Juventus.

Morata menjaringkan 2 gol dalam perlawanan pembukaan Liga Juara Juara Eropah buat Juventus.

Andrea Pirlo pastinya sedar harapan para peminat dan pengurusan tertinggi Juventus yang sangat mahukan trofi Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga perkembangan lain

Arteta Jawab Kenyataan Ozil, Nafikan Dipengaruhi Orang Atasan Dalam Keputusannya

UCL: ‘Clearance’ Atas Garisan Fabinho Ini Selamatkan 3 Mata Liverpool

Ozil Kecewa Dengan Layanan Arsenal Dan Tekad Terus Bersuara Demi Kemanusiaan