Manchester Evening News melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo menerima gaji £480,000 seminggu dalam tawaran yang dipersetujui dengan Manchester United.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Ronaldo hanya menerima £270,000 seminggu. Namun tawaran rasmi United ternyata lebih tinggi daripada itu.

Ronaldo pada awalnya dilaporkan sedang menunju ke Etihad. Namun Man United melakukan pintasan yang dramatik ke atas pemain itu – menghalangnya daripada menyertai Man City.

Manchester United setuju membayar £25 juta kepada Juventus.

Man United sudah mengumumkan kesepakatan dengan Ronaldo menerusi laman rasmi kelab dan mengalu alukan kepulangan semula legenda pasukan mereka itu.

Ronaldo setuju dengan kontrak dua musim di United. Menyaksikan pemain berusia 36 tahun itu akan menerima gaji paling lumayan di EPL berbanding pemain lain.

Ronaldo turut memintas Kevin De Bruyne yang baru sahaja diumumkan sebagai penerima gaji tertinggi di EPL dalam kontrak baharunya.

Ini juga bermaksud, Ronaldo menerima £25 juta semusim daripada Man United bersamaan dengan €29 juta.

Hanya Messi dan Neymar menerima gaji lebih besar daripada gaji tersebut di Eropah buat masa ini.

Harry Kane sebelum ini dilaporkan turut ditawarkan gaji lebih tinggi daripada De Bruyne oleh Manchester City. Namun Kane terpaksa menerima hakikat bahawa kelab tidak mahu melepaskan beliau.

Kane juga dijangka akan membincangkan kontrak baharu dengan gaji sekitar £400,000 seminggu di Tottenham.

Berikut adalah senarai gaji tertinggi di EPL selepas Ronaldo mempersetujui kontrak dengan Man United.

gdd

Baca juga artikel

TERKINI: Man City Tarik Diri, Man United Sediakan Kontrak Untuk Ronaldo

TERKINI: Man United Mahu Cantas Legenda Mereka Daripada Sertai City

Bidaan Kedua €180 Juta Untuk Mbappe, PSG Tuduh Real Main Pintu Belakang