Cristiano Ronaldo sedia untuk tolak tawaran Al Nassr dari Arab Saudi kerana dia masih mahu bermain di peringkat tertinggi terutama sekali UCL.

Minggu lalu, The Guardian melaporkan bahawa satu tawaran rasmi dibuat oleh Al Nassr untuk menandatangani Cristiano Ronaldo secara percuma.

Al Nassr sedia memberikan Ronaldo kontrak bernilai €200 juta termasuk dengan tajaan khas.

Namun Fabrizio menyatakan bahawa Ronaldo masih belum memberikan persetujuan untuk kontrak lumayan itu kerana ketika ini dia masih fokus kepada tugasan Piala Dunia 2022 bersama dengan Portugal.

Ini bukan pertama kali Ronaldo menerima tawaran daripada Timur Tengah. Sebelum ini sebuah kelab dari Arab dilaporkan menawarkan kontrak sangat lumayan kepada Ronaldo namun dia menolaknya.

Kerana dia masih mahu bermain di peringkat tertinggi di liga utama Eropah. Ronaldo ketika itu mendesak kelab menjualnya ke kelab yang bermain di UCL.

Pemain berusia 37 tahun itu adalah ejen bebas selepas meninggalkan Manchester United dengan penamatan kontrak atas persetujuan bersama. Ini selepas dia terlibat dalam wawancara kontroversi yang tidak berlapik dengan Piers Morgan.

Dalam wawancara itu, Ronaldo mengutuk kelabnya sendiri dan pengurus kelab. Dia melabel Erik Ten Hag sebagai tidak menhgormatinya.

Beberapa minggu kemudian, Manchester United mengumumkan penamatan kontrak Cristiano Ronaldo atas persetujuan bersama kedua dua pihak.

Beberapa kelab mulai dikaitkan dengan Ronaldo. Ini termasuk dari Amerika Syarikat dan Arab.

Al Nassr memulakan langkah mereka untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Ketika Al Nassr benar benar yakin akan dapat menarik minat Ronaldo menyertai mereka, Pedro Sepulveda pula melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo sedia tolak tawaran mereka.

Ronaldo mengulangi pendiriannya bahawa dia mengutamakan projek bola sepak yang sesuai dengannya, bukannya termotivasi kerana wang dalam pertimbangannya ketika mencari kelab baharu.

Ronaldo masih mahu bermain di UCL. Dia digelar sebagai Raja UCL oleh media di Eropah kerana menjadi penjaring terbanyak di UCL serta beberapa rekod lagi di pertandingan itu.

Jadi, bermain di Asia tiada dalam perancangan Ronaldo ketika ini.

Ronaldo kini masih berada di Qatar bagi meneruskan misi pemburuan Piala Dunia pertama negaranya Portugal.

Selecao das Quinas mara ke suku akhir selepas cemerlang menewaskan Switzerland dalam peringkat 16 akhir. Portugal akan berhadapan dengan Maghribi dalam aksi suku akhir.