Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo tampil memberikan sokongan penuh terhadap pengurus interim, Ralf Rangnick untuk membuktikan kemampuannya dalam membimbing kelab tersebut.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan di semua pertandingan dibawah kendalian Rangnick, The Red Devils telah mencatatkan empat kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Keadaan itu membuatkan penyokong United masih belum berpuas hati dengan impak  diberikan pengendali yang turut dikenali sebagai sifu kepada Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Ronaldo menegaskan bahawa pengendali berusia 63 tahun itu masih memerlukan masa untuk mengimplementasikan segala idea yang ingin dicurahkannya.

“Sejak dia [Ralf Rangnick] tiba lima minggu lalu, dia telah mengubah banyak perkara. Tetapi dia memerlukan lebih masa untuk menerapkan ideanya kepada semua pemain,” ujar Ronaldo menurut sumber laporan Goal.

“Ia akan mengambil masa tetapi saya percaya dia akan melakukan tugasan dengan cukup baik. Kami tahu bahawa kami tidak mempamerkan bola sepak terbaik pada ketika ini tetapi kami mempunyai banyak perlawanan untuk meningkat.”

“Sejak kehadirannya saya merasakan dalam beberapa perkara kami semakin bertambah baik tetapi dia memerlukan masa. Tidak mudah untuk mengubah mentaliti pemain dan bagaimana cara mereka beraksi, budaya, sistem seperti ini.

“Saya percaya dia akan melakukan tugasan dengan cukup baik,” tambah Cristiano Ronaldo lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B

Piala Carabao: Chelsea Ke Final Selepas Singkir Tottenham

Sertai Aston Villa, Phillipe Coutinho Mahu Balas Kepercayaan Diberikan

 

Sumber