Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Cristiano Ronaldo kini rasminya menjadi pemain paling banyak gol antarabangsa. Pemain antarabangsa Portugal itu awalnya gagal menyempurnakan penalti.

Namun selepas itu membantu Portugal bangkit daripada ketinggalan dengan menjaringkan 2 gol. Portugal menang 2-1 ke atas Ireland dalam kelayakan Piala Dunia.

Ronaldo pula mencatatkan gol ke-110 dan ke-111 dalam satu perlawanan, yang menyaksikan dia memecahkan rekod Ali Daei dan kemudian melanjutkan lagi rekodnya sendiri.

Dua gol tersebut dilakukan pada minit akhir dan masa kecederaan.

Ireland di hadapan menerusi John Egan pada minit ke-45. Ronaldo menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89. Dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90+6 masa kecederaan.

Ireland menjadi pasukan ke-45 yang ditembusi Ronaldo dalam karier antarabangsanya.

Ali Daei dari Iran sebelum ini memegang rekod 109 gol ketika beraksi dari 1993-2006. Ramai dahulunya menganggap rekod Ali Daei itu sukar dipecahkan,.

Namun Ronaldo memastikan kehebatannya di pentas antrabangsa.

Selain daripada memecahkan rekod antarabangsa, Ronaldo juga menyamai rekod bekas rakan sepasukannya, Sergio Ramos, sebagai pemain paling banyak kaps di Eropah, dengan penampilan ke-180 bersama dengan Portugal.

FIFA mengesahkan bahawa hanya Soh Chin Aun sahaja yang paling banyak kaps daripada Ronaldo dan Ramos ketika ini.

Di mana Datuk Soh Chin Aun bermain 195 kali dari 1969-1984.

Bercakap kepada RTE Sports, Ronaldo berkata: “Saya sangat gembira, bukan sahaja kerana saya pecahkan rekod, namun momen istimewa untuk pasukan kami.”

“Dua gol pada akhir minit perlawanan, saya harus menghormati apa yang dilakukan oleh pasukan. Kami terus percaya sehingga wisel penamat. Saya sangat gembira.”

Legasi Ronaldo di Portugal nampaknya terlalu kuat untuk diatasi mana mana pemain. Begitu juga dengan legasinya di peringkat antarabangsa.

Ronaldo yang baru sahaja mengesahkan perpindahannya ke Manchester United, sedia untuk menerima sambutan di Old Trafford selepas tamat tugasan antarabangsa, dalam kepulangan semulanya ke kelab tersebut.

Baca juga artikel

Mbappe Tolak Tawaran Kontrak Lanjutan €45 Juta Semusim, Lebih Tinggi Dari Gaji Messi & Neymar

RASMI: Griezmann Kembali Ke Atletico Secara Pinjaman, Klausa Beli Tetap Hanya €40 Juta

Luah Kerinduan Nak Bermain Bola Menerusi IG, Maitland Niles Dilarang Berlatih

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group