Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang legenda, Ronaldo Nazario telah memberikan pandangan beliau tentang peluang PSG menjuarai UCL dalam wawancara kepada DAZN dalam siri ‘El Presidente’.

Presiden Valladolid itu memberitahu, Messi bukan jaminan PSG akan memenangi UCL pada musim ini. Sambil memberikan perbandingan ketika Real Madrid mendapatkan beliau dahulu dan menyertai Galaticos.

Ronaldo sendiri gagal memenangi UCL bersama dengan skuad serba bintang Galaticos yang menurutnya mirip kepada PSG pada hari ini.

Pasukan Paris menghadapi musim ini dengan trio Neymar – Mbappé – Messi. Bagi Ronaldo ianya tidak menjamin apa-apa. Bekas pemain Madrid itu mengingatkan bahawa dalam bola sepak “kemenangan bukanlah matematik.”

“Menang dalam bola sepak tidak pernah akan menjadi seperti matematik, walaupun anda mempunyai pemain yang terbaik dalam pasukan anda.”

“Masih terlalu awal untuk mengatakan siapa yang akan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah. Prospek itu hanya akan mula terbentuk di suku akhir.”

“Paris Saint Germain berada di posisi pole [petak hadapan], tetapi satu perkara yang pasti adalah untuk bercakap tentangnya adalah berbeza dengan bermain.”

“Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi termasuk padang. Saya bermain untuk Real Madrid selama hampir lima musim, dalam pasukan Galacticos dan saya tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara.”

“Menang tidak akan pernah menjadi matematik, walaupun anda mempunyai yang terbaik dalam pasukan anda dan itu juga berlaku kepada PSG,” kata R9.

Ditanya tentang Kylian Mbappe yang dikatakan mirip dengan gaya permainannya, Ronaldo agak bersetuju dengannya.

“Ya, dia mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan saya. Dia memiliki sifat gila, dengan teknik luar biasa yang dia laksanakan tugasannya dengan kecepatan yang tinggi.”

“Dia menjauhi pemain pertahanan, pergi ke arah penjaga gol … Dan, walaupun sangat muda, dia sudah “Sudah jauh [matang]. Saya sukakan Mbappé,” katanya.

Baca juga artikel

Emi Martinez Dedah Sebenarnya Dia Tak Nak Sertai Arsenal, Namun Terpaksa Demi Keluarga

Van Gaal Tembak Wartawan Yang Cadangkan Agar Belanda Bermain 5-3-2 Defensif Macam Chelsea

Edu: ‘Kedudukan Liga Tak Penting Buat Masa Ini, Kerana Arsenal Sedang Membina Asas’

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group