Kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo memberikan amaran kepada rakan rakannya agar tidak terlalu terbuai buai dengan kemenangan ke atas Turki dalam separuh akhir Play Off Piala Dunia 2022.

Portugal menepati ramalan untuk mara ke final play off selepas menang 3-1 ke atas Turki. Portugal akan bertemu dengan Macedonia Utara yang mengejutkan Itali dalam satu lagi aksi di Palermo.

Ronaldo tidak mahu rakan rakannya memandang rendah cabaran Macedonia Utara walaupun pasukan itu dianggap underdog. Pasukan tersebut jugalah yang menamatkan rekod tanpa kalah Jerman dalam kelayakan Piala Dunia . Dan kemudian mengatasi Itali di separuh akhir play off.

Ronaldo berkata: “Langkah pertama telah berjaya kami ambil dalam usaha mencapai objektif besar kami, menuju ke Piala Dunia 2022.”

“Namun tiada apa yang telah dimenangi pada hari inu, tiada yang tercapai lagi. Kami perlu terus bekerja dengan serius dan fokus, menghormati lawan tetapi sentiasa percaya dengan kebolehan kami.”

Ronaldo dan rakannya akan bermain perlawanan akhir Kelayakan Piala Dunia pada 30 Mac menentang Macedonia Utara.

Cristiano Ronaldo dan Portugal perlu berhati-hati dengan Macedonia Utara seperti yang dinyatakan oleh Cristiano Ronaldo dalam mesejnya selepas kemenangan ke atas Turki, Portugal perlu kekal fokus dan menghormati Macedonia Utara dalam perlawanan penting minggu depan.

Macedonia Utara membuat kejutan besar apabila mereka menyingkirkan Juara Eropah Itali daripada perebutan tempat di Qatar.

Macedonia Utara menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 menerusi jaringan halus Aleksandar Trajkovski dari luar kotak penalti. Kekalahan itu bermakna Itali gagal layak ke Piala Dunia berturut-turut.

Itali melakukan lebih 30 percubaan ke arah gol berbanding hanya 4 daripada lawan mereka.