Cristiano Ronaldo telah kembali ke rumahnya dahulu iaitu Real Madrid. Dan dia kembali ke sana untuk berlatih di kemudahan Real Madrid di Valdebebas.

Ronaldo mahu mengekalkan tahap kecergasannya ketika dia sedang mencari kelab baharu yang akan disertainya serta merta.

Penyerang Portugal itu, kini ejen bebas, berlatih bersendirian, tidak bersama dengan pasukan utama Los Blancos.

Setelah bersetuju untuk menamatkan perjanjiannya dengan Manchester United sejurus sebelum Piala Dunia, Ronaldo meninggalkan Qatar tanpa kelab dan masa depannya masih menjadi tanda tanya.

Walaupun tanpa kelab, namun etika kerjanya kekal seperti biasa, dan dia meminta untuk dibenarkan untuk menggunakan kemudahan latihan di kompleks latihan Real Madrid agar terus kekal segar dan cergas.

Marca melaporkan, Real Madrid berbesar hati menerima permintaan Ronaldo itu memandangkan dia merupakan legenda penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di kelab itu.

Berkenaan dengan kemungkinan ada peluang untuk Cristiano Ronaldo kembali semula ke Real Madrid sebagai pemain, dikatakan kelab itu telah menutup peluang tersebut, walaupun boleh mendapatkan pemain itu secara percuma.

Florentino Perez sebelum ini sudah menyatakan bahawa Ronaldo adalah masa lalu kelab itu dan mereka sudah ‘move on’.

Ronaldo pastinya akan mengenang kembali banyak momen di Valdebebas ketika berseragam Los Blancos.

ro
MADRID, SPAIN – FEBRUARY 21: Cristiano Ronaldo of Real Madrid in action during a training session at Valdebebas training ground on February 21, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

Dia menikmati karier selama sembilan tahun yang sarat trofi sebagai Madridista sebelum berpindah ke Juventus dan Manchester United.

Beberapa minggu lalu, Al Nassr mengemukakan tawaran dengan kontrak bernilai €200 juta kepada Ronaldo.

Antara pemain terkenal yang bermain bersama Al Nassr termasuk bintang Cameroon, Vincent Aboubakar dan bekas pemain antarabangsa Brazil Luiz Gustavo.

Namun Ronaldo dikatakan tidak tertarik dengan pakej wang tersebut. Kerana dia masih mengutamakan kelab yang beraksi di UCL sebagai destinasi terbarunya nanti.

Ronaldo turut dilaporkan telah mengarahkan ejennya untuk berunding dengan Bayern Munich sekali lagi. Namun tiada kesepakatan dicapai kerana Bayern tidak berminat dengan Ronaldo.

Banyak perkara dipertimbangkan Bayern termasuk falsafah kelab dan juga faktor ekonomi kelab. Ronaldo menerima €500 ribu seminggu ketika di Old Trafford.