Cristiano Ronaldo tidak cukup cergas. Pemain itu tidak berada dalam tahap kecergasan terbaiknya pada ketika ini.

Ronaldo dikatakan agak kecewa kerana tidak dapat turun beraksi dan dicadangkan agar berehat oleh Fernando Santos. Ini kerana pemain itu mahu terlibat dalam setiap perlawanan bersama negaranya.

Laporan oleh Euro Sport mengeshkan bahawa pemain legenda itu tidak mengambil bahagian dalam latihan Portugal menjelang pertembungan Kumpulan H dengan Korea Selatan sebelum ini.

Namun dia telah menyertai sesi latihan terakhir pasukan dengan pengawasan rapi jurulatih kecergasan.

Fernando Santos memberikan gambaran ringkas situasi Cristiano Ronaldo sebagai 50/50. Tidak pasti sama ada dia akan diturunkan dalam aksi berdepan Korea Selatan.

Buat masa ini, Ronaldo lebih dekat dengan bangku simpanan berbanding senarai kesebelasan utama. Namun Fernando Santos tidak menolak kemungkinan pemain itu akan terlibat dalam aksi berdepan Korea Selatan.

Mujur Portugal sudah sah layak ke pusingan kalah mati. Cuma perlawanan ini masih boleh mempengaruhi kedudukan mereka dalam perebutan sebagai juara kumpulan.

Jika Portugal menamatkan saingan sebagai pasukan di tangga kedua dan Brazil di tangga pertama kumpulan mereka, maka kedua dua pasukan akan bertemu di peringkat 16 akhir.

Fernando Santos sudah membayangkan bahawa Ronaldo tidak cukup cergas dan akan direhatkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan.

Ronaldo tak cukup cergas

Ronaldo masih memburu jaringan antarabangsa yang boleh menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman mengatasi Eusebio.

Sebelum ini gol beliau tidak disahkan FIFA dan diberikan kepada Bruno Fernandes.

Portugal turut turut kehilangan Otavio, Danilo Pereira dan Nuno Mendes – semuanya tidak dapat beraksi untuk perlawanan di Stadium Education City pada hari Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr yang menawarkan pakej kontrak mencecag EUR200 juta.

Ronaldo kini bergelar ejen bebas selepas penamatan kontrak dibuat atas persetujuan bersama antara Manchester United dan pihaknya.

Ronaldo ketika ini menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 5 edisi Piala Dunia berbeza.