Sebelum ini Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk bekas kelab lamanya, Real Madrid. Selain daripada PSG yang juga dikatakan berminat mendapatkan beliau.

Ronaldo kemudian tampil dengan satu kenyataan di Instagramnya menafikan beliau mahu berpindah terutama sekali ke Real Madrid. Dan memberikan amaran kepada pihak yang cuba menggunakan namanya untuk menjual berita.

Ronaldo menyatakan dia komited dengan Juventus dan akan terus berjuang seperti biasa di dalam pasukannya.

xjh

Namun spekulasi melanda sekali lagi. Ini selepas Ronaldo dikatakan telah berbincang dengan Juventus berkenaan masa depannya. Membuatkan Ronaldo disisihkan ke bangku simpanan dalam aksi berdepan Udinese.

Semalam L’Equipe melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo mengintai peluang untuk menyertai Manchester City.

Ronaldo bahkan dikatakan telah bercakap dengan beberapa pemain City dan merasakan kesepakatan dapat dilakukan pada hujung minggu ini.

Ada beberapa orang pemain Manchester City yang cukup rapat dengan Cristiano Ronaldo adalah Bernardo Silva, Ruben Dias dan Joao Cancelo –  yang sama beraksi dalam pasukan kebangsaan Portugal.

Fabrizio Romano menjelaskan situasi Ronaldo sebagai sangat rumit.

Ronaldo mahu menilai beberapa pilihan yang ada ketika ini. PSG sudah mulai tidak menunjukkan minat ke atas Ronaldo selepas mereka mendapatkan Messi. Dan masih yakin Kylian Mbappe akan terus kekal.

Ejen kepada Ronaldo, Jorge Mendes sudah menghubungi Manchester City. Juventus dikatakan meminta €25 juta untuk perpindahan pemain itu. Namun buat masa ini City tidak menunjukkan sebarang minat mahu mendapatkan Ronaldo dengan yuran perpindahan tersebut.

bacda

Seterusnya, Juventus masih yakin bahawa kapten Portugal itu akan terus kekal bersama The Old Lady.

Jendela perpindahan akan berakhir pada akhir bulan ini. Di manakah Ronaldo akan beraksi musim ini?

Adakah Ronaldo sedia mengorbankan legasinya di Man United dengan menyertai seteru sebandar pasukan itu?

Baca juga artikel

‘Itu Jelas Foul, Ini Bola Sepak Bukannya Ragbi’

Sagna: ‘Tengok Arsenal Sekarang Terus Fikir Kalah Dan Lepaskan Bolos Bodoh’

Arteta Puji Prestasi Arsenal, Peminat Kemudian Serangnya Di Luar Stadium