Semalam berlegar khabar angin mengaitkan kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Sporting CP.

Tidak lama selepas itu, Cristiano Ronaldo terus menafikan perkara itu dengan komen ‘Fake’. Merujuk kepada ianya cuma berita palsu.

Isu perpindahan Cristiano Ronaldo dari Manchester United semakin panas.

Ini berlaku selepas Ronaldo berkata bahawa dia mahu meninggalkan Manchester United.

Ronaldo sebelum ini sudah menghantar transfer request kepada Manchester United. Di mana dia meminta kelab itu mempertimbangkan tawaran yang baik untuknya.

Ianya tidak boleh dipisahkan daripada fakta bahawa Ronaldo mahu bermain di Liga Juara Juara Eropah dan memenangi piala pada musim akan datang.

Manchester United hanya akan bersaing dalam saingan Liga Europa 2022/2023.

Bayern Munich, Chelsea, AS Roma dan Napoli kesemuanya dikaitkan dengan Ronaldo. Namun Bayern dan Chelsea sudah menafikan bahawa mereka mahu menandatangani pemain itu.

Seterusnya nama bekas kelabnya, Sporting CP pula dikaitkan dengan Ronaldo. Di mana laporan media dari Portugal menyebut pemain itu sudah memindahkan keretanya ke Lisbon.

Dia dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke kelab tersebut.

Bagaimanapun, segala berita mengenai pertemuan Ronaldo dengan Sporting CP telah dinafikan oleh pemain itu sendiri.

Pemain berusia 37 tahun itu menggelar berita yang disebarkan itu sebagai berita palsu dan menafikan khabar angin akan kembali ke kelab tempat dia memulakan karier profesional satu ketika dahulu.

Ronaldon dan Sporting CP sentiasa dekat. Hubungan beliau dengan kelab tersebut masih akrab. Ini kerana keluarganya, terutama sekali ibunya merupakan penyokong tegar pasukan tersebut.

Ibunya pernah berjanji akan memujuk anaknya kembali menyarung jersi pasukan tersebut sebelum dia bersara.

Namun buat masa ini, ianya masih belum dalam perancangan Ronaldo.

Ronaldo kembali ke kelab yang menaikkan namanya, Manchester United, pada musim panas 2021 dari Juventus.

Beliau masih belum bersama dengan pasukannya untuk jelajah pra musim kerana alasan keluarga.

Erik Ten Hag sudah menyatakan bahawa dia benar benar memerlukan pemain itu kekal.

Manchester United masih kekal dengan pendirian mereka bahawa Ronaldo bukan untuk dijual.