Cristiano Ronaldo menjelaskan bahawa dia tidak terfikir untuk menggantung butnya dalam masa terdekat. Tetap penyokong Man United tetap tertanya tanya tentang komitmennya di Old Trafford pada musim hadapan.

Ronaldo menunjukkan satu lagi aksi cemerlang untuk Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.

United berjaya mencipta penamat yang positif kepada kempen impian apabila menewaskan Brentford 3-0 dalam perlawanan terakhir mereka di Old Trafford. Ronaldo, Bruno Fernandes dan Varane berada dalam senarai penjaring.

Ia adalah salah satu aksi serangan terbaik United sepanjang musim dan Ronaldo, sudah tentu, menjadi nadi serangan pasukannya.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu berada dalam prestasi luar biasa pada masa ini dan menjaringkan gol keenamnya dalam hanya empat perlawanan menentang Bees ketika dia merembat masuk dari sepakan penalti untuk menggandakan kelebihan United pada separuh masa kedua.

Ronaldo berang selepas dia melihat satu gol dibatalkan kerana ofsaid pada 45 minit pembukaan tetapi senyuman kembali terukir di wajahnya.

Gary Neville yang bertugas mengulas perlawanan dan menyerahkan anugerah Man of the Match kepada bekas rakan sepasukannya itu menyatakan bahawa Ronaldo memberikan petunjuk tentang perancangan masa depannya.

Ketika dia mulai berjalan di sekitar padang Old Trafford untuk menunjukkan penghargaan kepada penonton di Old Trafford, kamera Sky Sports telah merakam ke arahnya dan dia kelihatan berkata “Saya belum selesai.”

Terdapat juga spekulasi bahawa pemain No.7 itu sebenarnya menghantar isyarat bahawa dia akan terus kekal di Old Trafford pada musim akan datang.

Masa depan Ronaldo telah diragui kerana kegagalan United untuk layak ke Liga Juara-Juara, dengan pemain Portugis itu tidak pernah bermain di Liga Europa selepas kali terakhir bermain di kejohanan itu bersama Sporting – di mana ketika itu piala itu digelar Piala UEFA.

Kini berusia 37 tahun, Ronaldo tidak mempunyai terlalu banyak tahun di peringkat teratas. Maka, beberapa media melaporkan bahawa Ronaldo mungkin akan meninggalkan United kerana tidak mahu beraksi bola sepak malam Khamis.

Ronaldo pasti akan kehilangan sejumlah bonus daripada tajaan peribadinya jika gagal beraksi di UCL. Namun nampaknya pemain antarabangsa Portugal itu sedia untuk terus beraksi di United dan menyelesaikan urusannya pada kepulangan semula beliau.

Ronaldo telah menjadi pemain terbaik United musim ini setelah menjaringkan 24 gol dan kelab itu mungkin terdesak untuk mengekalkannya.

Kontraknya masih ada sehingga 2023 dan juga mempunyai pilihan untuk melanjutkannya 12 bulan lagi.

Ralf Rangnick menyerahkan sepenuhnya keputusan berkaitan Ronaldo kepada Erik Ten Hag. Di mana Rangnick enggan masuk campur dalam soal itu.