Cristiano Ronaldo memaparkan reaksi kecewanya selepas Portugal kalah di tangan Serbia. Beliau seolah olah tidak percaya, pasukan sarat bakat seperti Portugal ditewaskan Serbia di halaman sendiri dan kemudian gagal ke Piala Dunia secara automatik.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo dilihat menangis dan kemudian menunjukkan kemarahannya kepada pengurusnya.

Difahamkan, Ronaldo kecewa dengan pengurusan taktikal Fernando Santos yang terlalu pasif pada perlawanan tersebut.

Portugal bermula dengan sangat baik, mendahului menerusi Renato Sanches. Namun Serbia bangkit dengan dua gol menerusi Dusan Tadic dan juga gol lewat pemain gantian, Mitrovic.

Portugal gagal bermain dengan baik. Di mana mereka bermain dengan sistem permainan yang dianggap rigid dan tidak fluid.

Bernardo Silva sendiri mengakui, Portugal bermain teruk sekali. Tidak ada satu momen pun mereka bermain baik walaupun untuk 10 minit.

Ronaldo yang berusia 36 tahun, bakal menjadikan Piala Dunia 2022 sebagai yang terakhir untuknya. Kalau pun beliau masih beraksi dalam edisi seterusnya, dia bukan bermain pada peak yang bagus lagi.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo dilihat menunjukkan isyarat kepada pengurusnya itu dengan mempersoalkan, apa yang mereka telah lakukan pada hari itu?

Ronaldo tidak berpuas hati dengan pendekatan permainan selamat / play safe yang digunakan Santos yang memakan diri.

Fernando Santos kemudian tampil mempertahankan taktikalnya. Sebaliknya dia menyalahkan para pemainnya yang turun terlalu ke bawah membuatkan mereka sukar sampai ke kawasan lawan.

Namun Santos mengambil tanggungjawab dengan menyatakan: “Mungkin arahan taktikal yang saya berikan tidak dapat disebarkan kepada semua pemain di atas padang.”

“Saya sudah memberitahu mereka pada rehat separuh masa tentang apa yang berlaku. Kami pasukan yang gemar menguasai bola dan menyerang.”

Santos memang seringkali dikritik kerana taktikalnya yang tidak berkembang. Malah beliau dikatakan tidak memanfaatkan generasi baharu skuad Portugal yang ada pada hari ini yang sangat bagus.