Semalam Cristiano Ronaldo telah tiba di padang latihan Manchester United untuk membincangkan masa depannya di kelab itu.

Ronaldo telah disertai oleh ejennya Jorge Mendes di Carrington pada pagi Selasa sebelum perbincangan dengan pengurus Erik ten Hag.

Penyerang Portugal itu terlepas jelajah pramusim United ke Thailand dan Australia kerana alasan peribadi di tengah-tengah spekulasi mengenai masa depannya.

IKLANBos baharu Ten Hag sebelum ini berkata pemain berusia 37 tahun itu “bukan untuk dijual” dan “dalam rancangan kami”, tetapi telah dilaporkan bahawa Ronaldo mahu bermain dalam pentas Liga Juara-Juara.

United gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim ini selepas menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana musim lalu.

Pasukan Ten Hag sebaliknya akan bersaing dalam Liga Europa musim ini.

Sir Alex Ferguson turut tiba di Carrington. Namun untuk menyertai mesyuarat Lembaga Pengarah. Mesyuarat tersebut tidak akan dicampur adukkan dengan isu Ronaldo.

Tetapi Sir Alex mungkin boleh menyatakan pandangan peribadinya terus kepada Ronaldo berkenaan isu kontraknya.

Ronaldo dijangka akan bersemuka dengan Erik Ten Hag dan Murtough bersama dengan ejennya.

Zach  Lowy pada hari ini melaporkan bahawa Mendes meminta United melanjutkan kontrak Ronaldo. Ini untuk membolehkan pemain itu pergi ke kelab yang bermain UCL secara pinjaman – sebagai pulangan.

Kontrak semasa Ronaldo masih ada baki setahun selepas dia menyertai semula dari Juventus Ogos lalu.

Ronaldo dikatakan meluangkan masa enam jam berbincang dengan pengurusan Man United dan keluar ikut pintu belakang kelab untuk mengelak petugas media dan penyokong.

Dia mencipta namanya di United selepas menandatangani kontrak dari Sporting Lisbon pada 2003, menghabiskan enam tahun di Old Trafford sebelum menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan rekod dunia ketika itu sebanyak £80 juta.

Ronaldo, yang merupakan penjaring terbanyak United dengan 24 gol musim lalu, telah berlatih di ibu pejabat pasukan kebangsaan Portugal di Lisbon.

Manchester United memulakan kempen Liga Perdana mereka di laman sendiri menentang Brighton pada 7 Ogos selepas perlawanan akhir pramusim hujung minggu ini menentang Atletico Madrid di Norway dan Rayo Vallecano di Old Trafford.