Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo bakal melakukan penampilan kedua bersama kelab tersebut pada perlawanan menentang Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Pemain yang berusia 36 tahun itu menyertai United dari Juventus dan beliau telah menjalani latihan bersama pasukan sejak hari Selasa lalu.

Dalam sidang media rasmi semalam, Solskjaer mengesahkan Ronaldo kini cukup cergas dan boleh diturunkan pada bila-bila masa.

“Dia telah menjalani pramusim yang bagus bersama Juventus, bermain dengan pasukan kebangsaan, mempunyai minggu yang baik bersama kami dan dia pasti akan diturunkan,  itu sudah tentu,” kata Solskjaer dipetik dalam laman web Manchester United.

Meninggalkan Manchester United kira-kira 12 tahun lalu untuk menyertai Real Madrid, Ronaldo akhirnya menggembirakan para penyokong setia kelab gergasi EPL itu setelah memeterai kontrak selama dua musim dengan pilihan tambahan semusim untuk fasa keduanya di Old Trafford.

Kehadiran yang sudah pastinya dinantikan semua pihak dan mampu menjadi inspirasi buat bakat muda walaupun berkemungkinan akan mempengaruhi minit perlawanan pemain muda seperti Mason Greenwood.

“Kami telah mengikuti perkembangan kariernya sejak dia meninggalkan United. Semua orang sangat gembira menerimanya kembali. Dia juga gembira dapat kembali ke sini.

“Mood pasukan ketika ini sangat bagus, semuanya bekerja dengan baik dan kami tidak sabar untuk beraksi pada hari Sabtu (Hari Ini),” tambah Solskjaer.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Ronaldo dalam skuad Manchester United melalui pautan dibawah.

RASMI: Premier League Benarkan United Daftarkan Ronaldo No.7, Cavani Tukar Ke No.21

Berbatov: Kehadiran Cristiano Ronaldo Membantu Pemain Muda Man Utd

Maaf Fernandes, Ronaldo Kini Pelaksana Utama Penalti Dan Sepakan Percuma

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group