Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi sedia memenuhi impian peminat bola sepak dunia untuk melihat gandingan dua ‘GOAT’ iaitu Lionel Messi bersama Cristinao Ronaldo dalam pasukannya.

Menurut laporan daripada AS, Al-Khelaifi anggap kontrak Kylian Mbappe tidak disambung tetapi tak benarkan pemain itu sertai Real Madrid sehingga tahun 2022. Malah, pengganti Mbappe juga sudah pun ditemui iaitu Ronaldo yang akan tamat kontrak dengan Juventus.

Laporan daripada AS juga menyebut PSG telah mencapai persetujuan dengan Mbappé untuk menuju ke Bernabéu pada akhir musim depan, secara percuma. Mereka tahu bahawa penyerang Perancis itu mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak akan berubah fikiran.

“Mbappé mahukan pasukan yang kompetitif dan sekarang dia memilikinya. Dia tidak mempunyai alasan. Di Real Madrid sudah diketahui bahawa Florentino tidak akan menerima lampu hijau untuk pemindahan ke Bernabéu musim panas ini,” kata Al-Khelaifi.

Tetapi sebagai balasannya, PSG akan menandatangani Cristiano Ronaldo yang bakal meninggalkan Juventus pada 30 Jun 2022.

Jika perpindahan tersebut menjadi kenyataan, seluruh peminat bola sepak dunia berpeluang menyaksikan gandingan impian yang cukup mantap apabila Ronaldo akan beraksi bersama seteru anugerah Ballon d’Or, Lionel Messi serta pemenang anugerah Puskas 2011, Neymar.

Malah, ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes sudah pun mengetahui mengenai perkembangan tersebut. Dan pemain Portugal itu dijangka akan tiba di Paris pada usia 37 tahun dan menandatangani kontrak untuk dua tahun yang akan membawanya ke usia 39 tahun.

Sekiranya Cristiano keluar melalui pintu yang sama dengan Mbappé, hampir tidak ada orang di Parc des Princes yang akan kecewa. Projek galáctico PSG telah dilancarkan dan mengingatkan kita kepada projek galáctico yang dibina oleh Florentino Pérez di Madrid antara tahun 2000 dan 2004.

Baca artikel lain mengenai perkembangan PSG melalui pautan dibawah. 

TERKINI: Messi Setuju Sertai PSG, Gaji RM2.86 Juta Seminggu

Jika Messi Sertai PSG, UEFA Diminta Jelaskan Bagaimana Kelab Itu Boleh Lepas FFP?

Presiden PSG: Kami Sentiasa Mengikuti Garis Panduan FFP

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group