Media eropah semalam melaporkan bintang dari Portugal, Cristiano Ronaldo telah ditawarkan untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona musim depan.

Ia bermakna seluruh peminat bola sepak dunia berpeluang menyaksikan gandingan impian yang cukup mantap apabila beliau akan beraksi bersama tonggak utama Barcelona serta seteru anugerah Ballon d’Or, Lionel Messi.

Ronaldo turut mendapat tawaran daripada kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain untuk bergandingan dengan bintang Brazil, Neymar namun ia kemungkinan tidak menjadi kenyataan.

Difahamkan pemecatan Maurizio Sarri sebagai ketua jurulatih pada minggu lepas menjadi salah satu faktor Ronaldo mempertimbangkan untuk meninggalkan Juventus dan mungkin akan pulang semula ke La Liga.

Pengkiritik bola sepak Sepanyol, Guillem Balague mendakwa kembali ke La Liga bersama Barcelona adalah pilihan terbaik Ronaldo.

“Sebab utama mengapa Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan PSG bukanlah sebab kelab itu mahukannya. Ini kerana Jorge Mendes sudah diarahkan Ronaldo untuk mencari kelab baru.

“Kami dapat melihatnya sejak enam bulan lalu apabila dia dikaitkan dengan Real Madrid. Mereka (Real) menafikannya dengan menyatakan tiada peluang untu Ronaldo kembali semula.

“Dan terdapat khabar angin dia akan menyertai MLS kerana Juventus mahu mengurangkan kos pembayaran gaji. Dia menerima tawaran daripada banyak pasukan termasuk Barcelona,” katanya kepada BBC Radio.

Bagaimanapun, peminat bola sepak dunia mungkin hanya boleh bermimpi untuk melihat gandingan itu kerana Barcelona dikhabarkan sedang mengalami masalah kewangan akibat penularan COVID-19.

Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu sebelum ini mengesahkan Barcelona rugi sekitar €200 juta kerana impak daripada wabak pandemik itu. Lalu beliau menyatakan Barcelona akan melakukan beberapa langkah penting termasuk menukar strategi pada jendela perpindahan.

Krisis kewangan ini menjadikan Barcelona mungkin tidak akan mendapatkan pemain bintang dan kini dalam usaha untuk melepaskan beberapa tonggak utama mereka, untuk dijual mahupun secara pinjaman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah melalui pautan dibawah. 

Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan

RASMI: Willian Milik Arsenal

Setien: Lewandowski Belum Setaraf Messi