Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dilaporkan sedang berunding untuk mendapatkan khidmat bintang Portugal, Cristiano Ronaldo daripada kelab gergasi Itali, Juventus pada jendela perpindahan pemain yang akan datang.

Juventus terdesak untuk menjual Ronaldo kerana mereka berdepan masalah kewangan yang serius susulan penularan wabak pademik COVID-19.

Kontrak pemain itu akan berakhir pada tahun 2022 dan Juventus tidak mahu Ronaldo meninggalkan kelab secara percuma. Justeru itu, mereka mahu menjual kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk dapatkan sejumlah wang pampasan kontrak.

Menurut laporan daripada Sportbible, Ronaldo sedia mempertimbangkan untuk kembali ke kelab lamanya, Manchester United dan beliau berpeluang berganding dengan seorang lagi penyerang prolifik dari Uruguay, Edinson Cavani.

Menerusi ciapan twitter milik wartawan FOX America, Christian Martin, Juventus akan mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Manchester United jika kelab tersebut sangat berminat untuk membeli Ronaldo.

“Sumber kami di Manchester dan Porto mengesahkan Manchester United mahu mendapatkan Cristiano Ronaldo kembali ke kelab itu musim depan.

“Bintang Portugal itu sedang mempertimbangkannya. Juventus akan mengadakan perbincangan jika Ronaldo meminta ia dilakukan.” katanya.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini dilaporkan mendapat tawaran menyertai Paris Saint-Germain (PSG) sekali gus bergandingan bersama Neymar serta Kylian Mbappe.

Bagaimanapun pengkiritik bola sepak Sepanyol, Guillem Balague mendakwa kembali ke La Liga bersama Barcelona adalah satu lagi pilihan terbaik Ronaldo.

Juventus berharap mereka dapat memperoleh kembali sejumlah 99 juta pound (RM536 juta) yang mereka belanjakan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo dari Real Madrid.

Sepanjang bersama kelab itu, Ronaldo telah menjaringkan 71 gol dalam 94 penampilan termasuk 6 gol dalam 4 perlawanan Serie A musim ini. Kontraknya dijangka tidak akan disambung kerana faktor usia dan gaji yang mahal.

Ketika bersama Manchester United selama 6 musim dibawah kendalian Sir Alex Ferguson, Ronaldo telah memenangi 3 trofi EPL, dua Piala Liga, Piala FA pada tahun 2004 dan juga Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2008.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

‘Deadpool’ Rancang Beli Kelab Liga Divisyen 5 England

Van De Beek Wira Belanda Ikat Sepanyol, Intai Peluang Di Manchester United

Dest: Amerika Syarikat Mampu Menang Piala Dunia 2026