Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Shin Tae-yong telah memilih 20 pemain terbaik untuk memperkuatkan pasukan itu dalam misi memburu pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Daripada 20 pemain tersebut, antara muka baharu mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara ialah Ronaldo Joybera Kwateh yang beraksi di posisi penyerang tengah. Pemain dari kelab Madura United itu merupakan pemain termuda yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia pada usia 17 tahun.

Malah, pada usia 17 tahun ini beliau sudah pun mempunyai kaps bersama skuad senior Indonesia di pentas antarabangsa dan dianggap sebagai ‘wonderkids’ yang bakal menyinar pada masa depan.

Ronaldo juga mempunyai kemahiran gelecek yang bagus dan dijangka menjadi pilihan Shin Tae-yong dalam senarai kesebelasan utama.

Ronaldo Kwateh. FOTO: PSSI

Selain Ronaldo, Shin Tae-yong turut menyenaraikan 3 pemain lebih umur 23 tahun iaitu Fachruddin Aryanto, Marc Klok dan Ricky Kambuaya. Beberapa pemain dari kelab luar negara turut dipilih seperti Asnawi Mangkualam, Elkan Baggott, Egy Maulana, Witan Sulaeman, dan Saddil Ramdani.

Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan yakin 20 pemain yang dipilih oleh Shin Tae-yong mampu membawa pulang pingat emas selepas melakukan persiapan rapi di Korea Selatan.

“PSSI berharap pasukan Indonesia B-23 dapat menjadi juara Sukan SEA 2021. Dengan kerja keras, disiplin dan fokus, PSSI yakin ia boleh dicapai. Setelah menjalani latihan di Korea Selatan selama dua minggu, mereka semakin solid, kompak dan kuat,” kata Iriawan.

Indonesia akan membuka kempen kumpulan A menentang tuan rumah, Vietnam pada hari jumaat ini.

20 Pemain Indonesia di SEA Games 2021

1. Asnawi Mangkualam (Ansan Greeners)
2. Egy Maulana (FK Senica)
3. Witan Sulaeman (FK Senica)
4. Elkan Baggott (Ipswich Town)
5. Fachruddin Aryanto (Madura United)
6. Ronaldo Joybera (Madura United)
7. Muhammad Adi (Persik)
8. Ernando Ari (Persebaya)
9. Rizky Ridho (Persebaya)
10. Rachmat Irianto (Persib)
11. Marselino Ferdinan (Persebaya)
12. Ricky Kambuaya (Persib)
13. Marc Klok (Persib)
14. Syahrian Abimanyu (Persija)
15. Ilham Rio (Persija)
16. Irfan Jauhari (Persis)
17. Muhamad Ridwan (Persik)
18. Firza Andika (Persija)
19. Alfeandra Dewangga (PSIS)
20. Saddil Ramdani (Sabah FC)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penyokong Vietnam ‘Bermalam’ Di Depan Kaunter Buru Tiket Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA

Penyokong Azul Claro Numazu Kibar Bendera Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Kepada Hadi Fayyadh

Jurulatih Ulsan Hyundai Salahkan Penjaga Gol Sebagai Punca Tewas Kepada JDT

Disajikan Pemandangan Indah, Bali United Bina Pusat Latihan Rasmi Di Tepi Pantai

Singapura Umum Takayuki Nishigaya Sebagai Ketua Jurulatih Baharu