Legenda bola sepak dunia, Ronaldinho bakal memperkuatkan kelab yang baharu sahaja dinaikkan pangkat ke saingan Liga 1 Indonesia, RANS Nusantara pada kejohanan tiga penjuru di Malang, Indonesia bermula hujung minggu ini.

Selain RANS Nusantara yang dimiliki oleh artis tempatan, Raffi Ahmad Nagita Slavina, kejohanan tersebut akan turut menampilkan dua lagi pasukan hebat iaitu Arema dan Persik Kediri.

Selain daripada dua aksi tersebut, Ronaldinho yang bakal tiba di Indonesia esok dilaporkan akan mengadakan klinik bola sepak dan sesi ‘Meet and Greet’ dalam usaha untuk memberikan motivasi tambahan kepada bakat cilik untuk terlibat dengan serius dalam bola sepak.

Perkembangan terkini mengenai pertandingan tersebut disahkan oleh laman sesawang rasmi Arema Malang yang mana mereka amat berbesar hati untuk menerima kehadiran juara Piala Dunia 2002 tersebut.

“Ini menjadi satu penghormatan bagi Arena FC kerana diberikan peluang menjadi tuan rumah kepada pertandingan yang mendatangkan bintang dunia, Ronaldinho,” ujar Pegawai Media Arema, Sudarmaji.

Keadaan di Stadion Kanjuruhan setiap kali Arema FC beraksi. Kredit Foto: Arema FC

“Bagi Aremania, ini merupakan kesempatan yang jarang sekali untuk didapati bagi menyaksikan bintang dunia bermain di gelanggang kami.”

“Selain itu, kesempatan ini juga memberikan cabaran kepada Aremania supaya dapat menunjukkan kreativiti mereka dalam menyokong pasukan secara langsung di hadapan Ronaldinho.”

“Dikhabarkan, Ronaldinho juga tidak sabar untuk mengetahui aksi Aremania di stadium,” tambahnya lagi.

Kesemua tiga perlawanan tersebut akan diadakan di Stadion Kanjuruhan, Kabupaten Malang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Nafuzi Zain: Aksi ‘Santai’ Babak Pertama Hukum Terengganu

VFF Letakkan Sasaran Untuk Vietnam, Mahu Jadi Antara Pasukan Terbaik Di Asia

Negeri Sembilan Hadapi Buriram United Dalam Saingan Asean Charity Shield 2022

Sumber