Bekas pemain Barcelona dan Brazil, Ronaldinho pada bulan lepas mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila ditahan oleh pihak polis bersama abangnya atas kesalahan menggunakan passport palsu dan menyamar sebagai warga Paraguay.

Mereka berdua dikatakan berada di Paraguay atas jemputan pemilik salah sebuah casino di sana di samping bagi menghadiri acara kebajikan yang dijadualkan berlangsung di Paraguay.

Menurut laporan SportBible, Ronaldinho menggunakan passport palsu kerana dia kini sedang digantung daripada menggunakan pasport Brazil selepas terdapat denda yang tidak diselesaikan di tanah airnya.

Pada Julai 2019, passport bekas pemain AC Milan itu pernah digantung atas kesalahan tidak membayar cukai serta membangunkan sebuah binaan secara haram di dalam hutan simpan di Brazil.

Sejak ditahan, beliau dan abangnya terpaksa turun naik ke mahkamah menghadapi pelbagai perbicaraan. Namun, hakim Gustavo Amarilla akhirnya memerintahkan mereka dibebaskan setelah kedua-duanya diikat jamin oleh peguam sebanyak AS$1.6 juta (RM6.94 juta).

Ronaldinho dan abangnya kini diletakkan di bawah tahanan rumah di sebuah hotel di pusat bandar Asuncion, awal pagi tadi.

“Saya mendapat jaminan daripada pengurus hotel yang mereka dengan perbelanjaan mereka sendiri mampu untuk memantau tahanan rumah di sana,” kata Amarilla.

https://twitter.com/bivmedia/status/1247803240088920064

Ronaldinho merupakan Pemain Terbaik Dunia pada tahun 2004 dan 2005 semasa puncak kariernya. Dia juga pernah menjuarai Piala Dunia pada 2002 bersama bintang-bintang lain seperti Ronaldo dan Rivaldo.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Paraguay telah menolak permohonan untuk membebaskan Ronaldinho dan abangnya yang dipenjara bersama bekas presiden persekutuan bola sepak Paraguay dan bekas ahli parlimen negara berkenaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

Mourinho Langgar Perintah ‘Social Distancing’, Tetap Berdegil Adakan Latihan Bersama Pemain

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

3 Bulan Dalam Saingan Thai League 1, Bekas Pengurus Kashima Antlers Ceritakan Perbezaan Dengan J.League