Sergio Romero, Marcos Rojo dan Phil Jones kesemuanya tidak didaftarkan dalam 25 senarai pemain untuk skuad Liga Juara Juara Eropah Manchester United musim ini.

Man United sudah menghantar senarai skuad mereka menjelang aksi peringkat kumpulan menentang PSG.

Sergio Romero yang sebelum ini dikaitkan dengan Leeds dan Everton pastinya merasa kecewa — namun bukan sesuatu yang sangat mengejutkan.

Romero yang menjadi penjaga gol utama United dalam pertandingan piala dan Liga Europa musim lalu telah tersisih. Di mana Man United mendaftarkan David de Gea, Dean Henderson dan Lee Grant.

Romero cemerlang membantu United mara ke separuh akhir Liga Europa musim lepas, tetapi pada separuh akhir United memutuskan untuk menurunkan David De Gea.

Pemain tempatan dan ‘homegrown’ akan disenaraikan dalam pasukan B. Mereka termasuk Mason Greenwood, Teden Mengi dan Brandon Williams.

https://twitter.com/TheFergusonCode/status/1314144908664467458

Berikut adalah senarai pasukan A Manchester United untuk Liga Juara Juara Eropah 2020/21:  David de Gea, Dean Henderson, Lee Grant; Eric Bailly, Tim Fosu-Mensah, Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Aaron Wan-Bissaka; Bruno Fernandes, Fred, Daniel James, Jesse Lingard, Juan Mata, Nemanja Matic, Scott McTominay, Facundo Pellistri, Paul Pogba, Donny van de Beek; Edinson Cavani, Odion Ighalo, Anthony Martial, Marcus Rashford.

Isteri Romero marah

Kegagalan Romero berada dalam pasukan A membuatkan isterinya mengamuk di media sosial.

Eliana berkata: “Sergio Romero bekerja keras untuk kelab ini. Trofi terakhir kelab ini julang adalah bersama dengan dia. Dia membantu pasukan mara ke separuh akhir dan kemudian disisihkan ke bangku simpanan – hanya untuk kehilangan semuanya.”

Ej0K03GVkAUYl_B

“Sudah tiba masanya untuk mereka membalas balik [jasa] dan melepaskannya pergi.”

“Berilah rasa hormat untuk sekali.”

Romero gagal untuk meninggalkan Old Trafford selepas kelab enggan melepaskan beliau secara percuma ataupun dengan harga lebih rendah.

https://www.instagram.com/p/CF-Mh7jDezb/?utm_source=ig_embed

Romero sangat ingin menyertai Carlo Ancelotti di Everton. Namun akibat gagal untuk memuktamadkan perjanjian, Everton akhirnya memutuskan menandatangani penjaga gol AS Roma – Robin Olsen.

Baca juga perkembangan lain

Rashford Dikurniakan Darjah Kebesaran MBE Kerana Perjuangan Membantu Kanak Kanak Memerlukan

Lampard Tak Puas Hati Dan Masih Mahukan Pemain Selepas Berbelanja Lebih £200 Juta

Cavani Akhirnya Buka Mulut Insiden Berebut Penalti Dengan Neymar