AS Roma dikenakan hukuman dengan kekalahan 0-3 kepada Verona dalam perlawanan sulungnya di Serie A 2020/202,  kerana menurunkan pemain yang tidak berdaftar.

Perlawanan Verona vs AS Roma telah berakhir dengan keputusan seri 0-0. Itupun sudah ramai peminat Roma yang kecewa dengan keputusan seri 0-0 yang hanya membawa 1 mata.

Tetapi kekecewaaan penyokong lebih pedih apabila daripada seri 0-0, Roma diisytihar kalah 3-0.

Ia adalah kesalahan yang dianggap agak tidak masuk akal, dan kesalahan budak sekolah untuk kelab kelas elit seperti Roma.

Siapa pemain haram itu?

Pemainnya itu ialah Amadou Diawara, yang direkrut dari Napoli pada musim panas lalu.

Dia bermula dalam perlawanan ini dan digantikan oleh Gonzalo Villar pada minit ke-89.

Diawara musim lalu dimasukkan dalam senarai pemain B-22.

Pada 17 Julai 2020, Diawara berusia 23 tahun sehingga dia secara automatik tidak layak dalam kategori pemain U-22.

Malangnya, Roma terlupa mendaftarkannya masuk ke dalam senarai pemain senior untuk diserahkan ke liga menjelang perlawanan menentang Verona.

Walaupun selepas Liga Serie A memberitahu kesalahan itu, Roma hanya berpendapat bahawa itu adalah kesalahan teknikal.

Mereka bahkan percaya bahawa ia tidak akan memberi kesan yang besar, kerana masih ada empat slot yang ada dalam senarai pemain senior yang boleh digunakan Diawara pada bila-bila masa.

Tetapi apa pun itu, Serie A mendakwa bahawa tindakan Roma itu tetap salah.

Roma sudah menghantar rayuan mereka namun ianya ditolak oleh Serie A.

Melalui kenyataan rasminya, pengendali Liga Itali mengumumkan bahawa Roma tewas 0-3 kepada Verona kerana menurunkan Diawara dianggap sebagai tindakan menurunkan pemain haram.

Rome kini turun ke tempat ke-19 dalam kedudukan Liga Itali. Sementara Verona naik ke tangga kedua dengan tiga mata dan tiga gol.

Baca juga perkembangan lain

The Guardian & BBC Dedah Pemilik Chelsea Sumbang RM422 Juta Untuk Organisasi Israel

Alex Telles, Si Bek Sisi Moden Berminat Ke United, Kini Terserah Ed Woodward

FPL: Hampir Setengah Juta Jual Son, Dan Lebih Setengah Juta Beli Bruno Fernandes Untuk GW2