Bintang Manchester City, Rodri menegaskan bahawa Manchester City yang berhak menang dalam perlawanan ini kerana mereka pasukan lebih baik.

Rodri dengan terbuka menyalahkan bahawa “bola sepak tidak adil bagi mereka” setelah Leicester City membelasah Man City dengan keputusan 5-2.

Jamie Vardy menjaringkan hatrik dan pasukan tuan rumah bolos tiga kali daripada penalti dalam kekalahan tersebut. Membolehkan Leicester berada di puncak liga dan Man City berada di tangga ke-12.

Man City mendapat dua gol saguhati menerusi Riyad Mahrez dan juga Nathan Ake.

Walaupun pasukan Guardiola menguasai permainan dan memiliki 16 percubaan ke ara gol berbanding hanya tujuh oleh Leicester – yang 3 daripadanya adalah penalti.

Namun City tetap kalah dan dimalukan oleh The Foxes.

“Bagi saya, mereka bernasib baik,” kata Rodri kepada BBC Radio 5 Live.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 24 tahun itu menambah: “Bola sepak tidak adil kepada kami.”

“Mungkin itu salah kami, mungkin itu adalah kekuatan mereka – tetapi sangat sukar untuk dijelaskan.”

Seterusnya Rodri memperlekehkan taktikal Leicester yang menurutnya hanya park the bus dengan 11 pemain.

Sedangkan Man City bermain lebih menarik dan melakukan banyak perkara yang hebat dalam perlawanan ini.

“Kami melakukan banyak perkara yang bagus untuk memenangi permainan. Pasukan seperti Leicester datang ke sini dan bermain dengan 11 orang di belakang bola.”

“Saya masih muda dan cuba belajar setiap perlawanan, tetapi permainan seperti ini – di mana lawan datang bermain dan tidak melakukan apa-apa – anda akan menjadi agak bingung. Itu bukan permainan yang saya sukai.”

Komen Rodri itu turut mendapat kritikan daripada peminat yang mengingatkan Rodri bahawa beliau sebelum ini datang daripada Atletico Madrid.

Pasukan yang dikenali dengan pendekatan bertahan apabila menentang pasukan besar. Tetapi sekarang Rodri menyatakan beliau tidak pernah tertarik dengan corak bertahan dan melancarkan serangan balas.

Baca juga perkembangan lain

Video: Lonjakan Luar Biasa Ronaldo Selamatkan Juventus Daripada Kekalahan

EPL: Manchester City Dikerjakan Leicester Di Etihad, Lihat Flick Cantik Dan Hatrik Vardy

Mourinho Kecewa Dengan VAR: “Baik Berikan Wang Saya Kepada Kebajikan Berbanding FA”