Kemenangan PKNS FC ke atas Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Piala FA 2019 pusingan ketiga semalam nyata mengejutkan ramai pihak. JDT yang dicanang akan keluar sebagai pemenenang sebaliknya bergelut untuk menewaskan The Red Ants sekaligus terkeluar daripada saingan.

Ketika ramai yang membicarakan tentang Kpah Sherman yang menjaringkan gol kemenangan, namun pemain pertahanan pasukan, Rodney Celvin Akwensivie turut memainkan peranan penting dalam kejayaan skuad bimbingan Datuk K.Rajagopal ini ke atas juara edisi 2016 itu.

Rodney Celvin Akwensivie
Sumber Gambar: PKNS FC

Rodney tampil dengan cemerlang dimana beliau berjaya mematahkan beberapa gerakan serangan yang dilancarkan oleh pemain JDT sekaligus menafikan percubaan pasukan lawan untuk mencari gol penyamaan. Beliau lebih tenang dan tidak melakukan sebarang tackle yang melulu sekaligus menyukarkan barisan serangan Southern Tigers memasuki benteng pertahanan PKNS.

Malaysia Sukan Asia
Sumber Gambar: FAM

Berdasarkan persembahan yang ditampilkan oleh pemain skuad bawah 23 tahun negara ini pada perlawanan semalam, Rodney dilihat sudah bersedia bermain di pentas yang lebih tinggi iaitu beraksi bersama skuad senior negara.

Bekas pemain Sarawak ini boleh digandingkan dengan Shahrul Saad dan kelemahan di barisan pertahanan negara seperti yang ditunjukkan dalam saingan Piala Airmarine baru-baru ini boleh diperbaiki.